ARKIB

KATEGORI

Buletin

Ford Ranger Getaways tawar latihan kemahiran 4×4 serta pengembaraan ‘off-road’ di Perak dan Sarawak

Berita Tempatan

Views

Pengedar tunggal Ford di Malaysia, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) telah menyediakan siri baharu bagi pengembaraan off-road dan sesi latihan Ford Ranger Getaways untuk pemilik Ranger dan Ranger Raptor.

Acara pertama yang bakal berlangsung ialah Latihan Off-Road 4×4 Ranger dan Cabaran Rakit Air bertempat di Kampung Ulu Slim, Perak pada 20 April 2024.

Selepas itu, Latihan Kemahiran 4WD Sarawak 4×4 Training Academy (Sar4Trac) pula akan diadakan, yang bertempat di Kampung Beriang, Bau, Sarawak pada 27 April 2024.

Acara tersebut dianjurkan semula susulan maklum balas positif yang diterima daripada pemilik Ranger dan Raptor dalam sesi sebelumnya, termasuklah Latihan Kemahiran 4WD Pemula M4TREC yang telah diadakan pada Mac lalu.

Ramai peserta siri terdahulu sangat menghargai arahan dan latihan praktikal yang berkualiti dan seronok menguji sendiri kemahiran pemanduan mereka dalam persekitaran yang terkawal.

Latihan Kemahiran 4WD M4TREC memberikan pengetahuan dan teknik yang diperlukan oleh peserta untuk pemanduan off road yang selamat.

Mereka juga akan lebih memahami dan membiasakan diri dengan kenderaan masing-masing untuk membolehkan potensi penuh Ranger dan Ranger Raptor diteroka dan dimanfaatkan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Selain itu, SDAC-Ford juga telah menganjurkan acara pandu uji selama dua hari di Saradise, Kuching pada Mac yang lalu.

Acara berkenaan memberikan peluang eksklusif  kepada pelanggan setia di Sarawak untuk mencuba model-model Ranger dan Ranger Raptor generasi baharu di dalam litar off-road yang dibangunkan khas.

Semua peserta telah dibimbing oleh jurulatih off-road berpakar bagi memastikan peserta menerima latihan yang komprehensif.

Ketika acara pandu uji tersebut, pengunjung juga berkesempatan mendekati model Ranger Platinum, WildTrak dan Everest Sport generasi baharu, di jalan raya.

Kedua-dua acara ini juga memberi peluang kepada pelanggan untuk membina rangkaian dan persahabatan dengan pemilik Ranger lain, serta mereka yang mempunyai minat yang sama.

Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair berkata, pihaknya mengalu-alukan lebih ramai pemilik Ranger terutamanya pelanggan generasi baharu untuk turut serta dalam sesi latihan ini dan belajar lebih lanjut tentang ciri-ciri yang ada pada kenderaan mereka.

Latihan Off-Road 4×4 Ranger dan Cabaran Rakit Air adalah acara yang penuh adrenalin yang akan berlangsung di Slim River, Perak. Acara bermula dengan latihan off-road 4×4 sebelum diteruskan dengan aktiviti rakit air di sepanjang Slim River.

Dibuka kepada empat orang untuk satu kenderaan, acara ini akan dimulakan secara konvoi dari Ford Ara Damansara ke lokasi rakit air di Kampung Ulu Slim, Perak.

Di sepanjang perjalanan, peserta akan menguji kemahiran asas 4×4 mereka dalam laluan 4×4 untuk pemula di bawah seliaan jurulatih, yang mana mereka boleh mempelajari lebih banyak tentang kemampuan Ranger mereka.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Sebaik tiba di sana, peserta akan mengikuti pemandu tempatan Orang Asli secara berkumpulan untuk aktiviti yang menyeronokkan selama dua jam di sepanjang sungai. Ia melibatkan jarak lapan kilometer, dua jeram kelas dua dan satu jeram besar kelas tiga.

Laluan rakit berkenaan turut akan melibatkan hentian kecil dengan pemandangan cantik di Lobok Kotak di mana peserta boleh mandi-manda sebelum meneruskan cabaran berakit mereka.

Latihan Kemahiran 4WD Sar4Trac pula terbuka untuk dua orang bagi setiap kenderaan, dan direka untuk semua pemilik yang mahu mempertingkatkan kemahiran pengendalian Ranger dan Raptor mereka ke tahap yang lebih tinggi.

Ia direka untuk peminat off-road yang ingin mempertingkatkan kemahiran mengendalikan kenderaan mereka di permukaan yang lebih mencabar. Ia juga berguna untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan aktiviti ini, yang mahu mempelajari asas pemanduan dan keselamatan off-road.

Pemandu yang sudah pakar juga boleh meraih manfaat daripada latihan ini untuk keperluan pekerjaan mereka.
Pertama sekali, peserta diperlukan untuk menghadiri sesi taklimat keselamatan, asas pemanduan 4×4 dan latihan halangan yang akan mereka lalui.

Di bawah pemerhatian dan seliaan jurulatih yang berpakar, peserta kemudiannya akan melakukan latihan amali sebenar bagi semua teknik asas tersebut untuk mengatasi halangan yang ada. Halangan yang menanti termasuklah Dirt Track, Frame Twister, Mud & Gavel, Rutted Track, Ditch, Hill Ascent, Hill Descent dan Water Wading.

Semua peserta juga akan menerima sijil tamat latihan setelah selesai sesi berkenaan. Selain daripada aktiviti yang dirancang, ada juga aktiviti lain yang boleh disertai oleh pemilik.

Slot untuk semua Ford Ranger Getaways adalah terhad, siapa cepat dia dapat!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply