ARKIB

KATEGORI

Buletin

Masih ramai lagi yang degil cuba rentas daerah

Berita Tempatan

Views

Ramai individu dikesan masih berdegil mahu mencuba nasib untuk merentas daerah walaupun mengetahui perkara itu dilarang sepanjang sambutan Aidilfitri dalam usaha mengekang penularan COVID-19.

Menurut Berita Harian, jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata pendedahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan sebanyak 642 kenderaan diarah berpatah balik dalam cubaan untuk merentas daerah bermula 10 Mei lalu sehingga semalam.

Beliau berkata, perbuatan sengaja cuba melanggar larangan merentas daerah itu mengganggu kelancaran sekatan jalan raya di seluruh negeri. Jelas beliau, sekatan jalan raya dilaksanakan bermula 10 Mei lalu sehingga 16 Mei bagi menyekat kenderaan bukan perkhidmatan perlu dan tidak mendapat kebenaran untuk merentas daerah.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Pihak PDRM melaporkan sehingga petang semalam sebanyak 642 kenderaan diarah berpatah balik. PDRM mendapati bahawa mereka yang diarah berpatah balik sememangnya tahu mengenai larangan itu tetapi masih mencuba nasib untuk merentas daerah.

Orang awam yang ingin merentas daerah dan bukan dalam golongan perkhidmatan perlu atau tidak mendapat kebenaran khas adalah diingatkan supaya tidak berbuat demikian. Ini bagi membolehkan sekatan jalan raya dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur.

Secara keseluruhan 53 sekatan jalan raya yang beroperasi 24 jam sehari dilaksanakan di seluruh negeri dengan sebanyak 21,161 kenderaan diperiksa semalam, manakala 179 kenderaan diarah berpatah balik, selain 10 dikompaun kerana kesalahan merentas daerah.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Larangan rentas daerah yang dikuatkuasakan sepanjang Aidilfitri dijadual kembali kepada larangan mengikut zon membabitkan enam zon semuanya mulai esok yang mana daerah berada dalam zon sama tidak lagi dikenakan sekatan pergerakan.

Sementara itu, Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, sekali lagi mengingatkan orang ramai supaya tidak menganjurkan majlis Aidilfitri atau rumah terbuka pada tahun ini. Kerajaan negeri sudah memutuskan untuk tidak membenarkan majlis hari raya atau rumah terbuka pada tahun ini.

Masyarakat juga diingatkan supaya mematuhi keputusan ini bagi membendung penularan COVID-19. Selain larangan penganjuran majlis berkaitan sambutan perayaan, majlis sosial lain termasuk perkahwinan turut dilarang, namun masih ada dikesan tidak mematuhinya dengan satu kompaun atas kesalahan mengadakan majlis perkahwinan dikeluarkan di Sabah semalam.

Dalam pada itu, Sabah semalam mencatat 60 kes baharu COVID-19, manakala seramai 101 pesakit dilaporkan sembuh, menjadikan baki pesakit yang masih dirawat di hospital atau Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) seluruh Sabah seramai 517 orang.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply