ARKIB

KATEGORI

Buletin

MB Kedah jual Volvo XC60 miliknya untuk bantu Palestin – Harga bidaan bermula dari RM55K

Views

Demi membantu penduduk Palestin yang sedang diserang rejim Zionis ketika ini, Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor sanggup menjual kereta Volvo XC60 3.0 cc AWD T6 (2010) untuk disalurkan kepada tabung kemanusiaan PAS Relief.

Menurut Berita Harian, Muhammad Sanusi menerusi hantarannya di Facebook semalam, berkata kereta itu ditawarkan dengan harga bidaan bermula RM55,000 selepas membeli kereta itu dengan harga RM60,000 pada 2018.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

Katanya, kereta tersebut telah selesai hutang bank dan beliau amat menyayanginya. Namun, beliau lebih  menyayangi saudara kita di Palestin. Tambah beliau, sejak kereta ini dibeli, beliau telah membuat pembaikan dan menukar alat ganti hingga merasakan seperti memandu kereta baharu, meskipun tidaklah 100 peratus.

Jelasnya lagi, kereta ini dalam kondisi terbaik tanpa ada sebarang kerosakan dari aspek enjin, transmisi, suspensi, kecuali penyerap hentak belakang belum dibaiki. Semalam media melaporkan, angka korban akibat konflik Israel-Palestin sejak empat hari lalu, terus meningkat kepada lebih 100 orang dan rejim Zionis dikesan menambah operasi ketenteraan termasuk ke sempadan Semenanjung Gaza.

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

Sejak serangan yang berlaku pada Isnin lalu, sekurang-kurangnya 103 orang maut termasuk 27 kanak-kanak, manakala 580 lagi cedera dan ini disahkan Menteri Kesihatan Palestin di Gaza. Muhammad Sanusi berkata, mereka yang berminat melakukan bidaan kereta itu boleh terus menghubunginya menerusi akaun Facebook Muhammad Sanusi Md Nor.

Katanya, bidaan itu akan dibuka selama tiga hari dan pembida tertinggi akan dihubungi sebaik saja bidaan ditutup pada jam 3 petang Selasa ini. Tambahnya lagi, pembida yang serius boleh menyertai bidaan ini dan mereka boleh membayar terus ke Akaun Maybank Tabung Kemanusiaan PAS Relief (564070614481 atau 564070612333).

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Muhammad Sanusi Md Nor

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply