ARKIB

KATEGORI

Tular

Mat motor memekak dengan ekzos bising di lampu isyarat dapat ‘penampar’ abang askar

Tular

Views

Padah kerana membunyikan ekzos bising di khalayak awam, dua lelaki mendapat ‘hadiah’ istimewa daripada anggota tentera yang kebetulan berada di lokasi kejadian.

Menurut K! ONLINE, menerusi satu rakaman yang tular di media sosial, kelihatan dua lelaki telah mencetuskan kemarahan pengguna jalan raya apabila sengaja membunyikan ekzos bising ketika berada di satu persimpangan lampu isyarat.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Mungkin leka atau seronok dengan perbuatan tersebut, kedua-dua lelaki itu tidak sedar aksi mereka telah mendapat perhatian dua anggota tentera yang kebetulan berada di lokasi.

Akibatnya, salah seorang penunggang terbabit telah mendapat satu tamparan kuat daripada seorang anggota tentera di bahagian kepala.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Tidak cukup sekali, seorang lagi anggota tentera turut menghadiah ‘buah tangan’ yang sama kepada lelaki terbabit.

Walaupun tidak dinyatakan lokasi sebenar kejadian, namun rata-rata warganet bersetuju dengan ‘hadiah’ istimewa terbabit dan berharap agar kejadian itu menjadi pengajaran kepada orang lain.

Ada di antara mereka berkata, semoga ia memberi pengajaran kepada penunggang motosikal lain supaya tidak mengulangi perkara yang sama selepas ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply