ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perodua terima 3,000 tempahan Myvi facelift dalam tempoh seminggu

Berita Tempatan

Views

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) telah menerima 3,000 tempahan untuk Myvi facelift sejak minggu lalu, sebelum pelancaran rasmi model itu pada Khamis ini.

Menurut Astro AWANI, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata pengeluaran kereta kompak mampu milik paling laris itu telah dimulakan sejak 9 Nov.

Penghantaran kereta baharu ke Sabah dan Sarawak juga telah dilakukan sebelum acara pelancaran rasmi pada 18 November ini bagi memastikan ia dapat dihantar kepada pelanggan dalam masa yang ditetapkan.

Myvi facelift ini akan dilengkapi dengan teknologi yang dinaik taraf, ciri keselamatan pintar yang dipertingkatkan, ekonomi bahan api yang lebih baik serta berwajah baharu, dengan varian merangkumi 1.5 liter AV (Advance Variant), varian 1.5 liter H, varian 1.5 liter X, serta dua varian 1.3 liter G.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Julat harga Myvi baharu ini bermula daripada RM45,700 hingga RM58,800 di Semenanjung Malaysia (tidak termasuk insurans).

Menurut Zainal Abidin, syarikat itu memantau dengan teliti stok serta pengeluarannya tetapi tidak dapat mengunjurkan sebarang jumlah sasaran jualan bagi tahun ini susulan gangguan dalam ekosistem dan rantaian bekalannya.

Kata beliau, jika mereka mampu mencapai jumlah jualan 205,000 unit kereta tahun ini ia sudah cukup baik berdasarkan keadaan semasa.

Pada Oktober lepas, Perodua berjaya menghasilkan 29,803 unit dan menjual 27,858 kenderaan disebabkan oleh pengeluaran yang lebih baik dan penghantaran pantas kenderaannya kepada pelanggan.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Dari tahun ke tahun, Perodua mencatatkan jualan sebanyak 146,951 unit dari Januari hingga Oktober 2021. Pada awal tahun ini, Perodua menghadapi masalah pengeluaran disebabkan kekurangan bekalan cip, namun syarikat masih mampu menangani gangguan berkenaan untuk memastikan jangkaan pengeluaran pada tahun ini dapat dipenuhi.

Tambahnya, sehingga akhir tahun ini, berdasarkan perancangan dan unjuran semasa, apa sahaja keperluan membabitkan pengeluaran akan dipenuhi kerana pihaknya sentiasa berkomunikasi dan berbincang dengan pembekal dan mereka komited untuk membekalkan keperluan untuk tahun ini.

Tetapi untuk suku pertama tahun depan, pihaknya masih tidak pasti kerana belum mendapat apa-apa komitmen daripada mereka (pembekal) tetapi Perodua akan cuba yang terbaik dan berharap keadaan akan pulih.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply