ARKIB

KATEGORI

Buletin

Memandu di bawah pengaruh dadah – Pemandu lori mengaku tidak bersalah

Berita Tempatan

Views

Seorang pemandu lori yang tular di media sosial selepas merempuh lima kenderaan termasuk sebuah kereta Perodua Myvi hingga remuk di Jalan Ipoh Isnin lalu, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh dadah di Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur hari ini.

Sinar Harian melaporkan, Ardi Latif, 25, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Amanina Mohamad Anuar.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Mengikut pertuduhan, Ardi didakwa sebagai pemandu lori telah memandu di bawah pengaruh dadah jenis methamphetamine dan amphetamine yang mana tertuduh tidak berdaya mengawal kenderaan tersebut.

Ia menyebabkan kecederaan kepada pemandu kereta milik Nik Adlee Saha Nik Ahmad Fauzi, 45, di Jalan Segambut Utara ke Jalan Ipoh di sini pada jam 2.40 petang, 6 September lalu.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 44 (1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (pindaan 2020) dan boleh dihukum mengikut seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang tujuh tahun dan tidak lebih 10 tahun dan denda tidak kurang RM30,000 dan tidak lebih RM50,000 serta hilang kelayakan memandu untuk tempoh tidak kurang tujuh tahun dari tarikh disabitkan kesalahan.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nursyuhada Abd Rauf. Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan iaitu lesen memandu tertuduh ditahan sehingga pelupusan kes.

Isnin lalu, lima kenderaan terlibat dalam kemalangan selepas sebuah lori hilang kawalan di lampu isyarat di Jalan Ipoh Sentul yang menyebabkan kesemua kenderaan mengalami kerosakan termasuk sebuah Myvi remuk dengan teruk.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply