ARKIB

KATEGORI

Buletin

Menangi tiket ke UEFA EURO 2024™ dengan pembelian BYD ATTO 3, sah sehingga 30 April!

Berita Tempatan

Views

Bagi meraikan perkongsian BYD sebagai rakan rasmi Kejuaraan Bola Sepak Eropah UEFA 2024™ (UEFA EURO 2024™), Sime Darby Motors (SDM) mengumumkan satu kempen istimewa buat para pemandu di Malaysia.

Semasa kempen ini, pelanggan yang mendaftar BYD ATTO 3 dalam sistem Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dari 1 hingga 30 April berpeluang untuk memenangi tiket ke Perlawanan Akhir atau Separuh Akhir UEFA EURO 2024™!

Untuk menyertainya, pelanggan boleh menghantar penyertaan mereka di mana-mana daripada 21 pusat pengedar BYD di seluruh Malaysia.

Sime Darby Motors juga bakal mengadakan Acara UEFA EURO 2024™ dari 19 hingga 21 April di Carpark B, Stadium Bukit Jalil, dari jam 9 pagi hingga 6 petang yang menjanjikan pelbagai aktiviti menarik dan promosi acara eksklusif.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Kempen ini juga boleh diakses di bilik pameran BYD seluruh negara sehingga 30 April 2024, di mana pelanggan boleh menikmati potongan istimewa, kredit pengecasan, dan Program Overtrade eksklusif untuk BYD ATTO 3.

Insentif untuk tempoh terhad ini bertujuan kepada mereka yang berminat untuk beralih kepada kenderaan elektrik (EV), sebagai sebahagian daripada inisiatif kepemilikan EV BYD.

Pakej komprehensif ini menggabungkan diskaun promosi sedia ada dengan peluang cabutan bertuah, sekali gus menjadikan peralihan kepada mobiliti elektrik lebih menarik dan berpatutan.

Pengarah Urusan, Asia Tenggara, SDM, Jeffrey Gan berkata, kerjasama dengan UEFA EURO 2024™ adalah mercu tanda penting yang selaras dengan komitmen pihaknya untuk memberikan pengalaman yang luar biasa dan mempromosikan penyelesaian pengangkutan mampan.

Ini merupakan kali pertama syarikat pengeluar kenderaan tenaga baharu (NEV) menaja kejohanan bolasepak terbesar Eropah itu, sekali gus menjadi sejarah dalam acara tersebut.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Sebagai salah satu penjual NEV global teratas, BYD komited untuk menyumbang kepada matlamat UEFA untuk menganjurkan Kejohanan Eropah yang paling mampan setakat kini.

Perkongsian ini juga mempersembahkan kemajuan EV terkini BYD kepada capaian yang lebih luas, menonjolkan komitmen mereka untuk mengurangkan pelepasan karbon untuk masa depan yang lebih hijau, menerusi platform UEFA EURO 2024 yang berpengaruh.

Di Malaysia, BYD menonjol bukan sahaja dengan ciri dan prestasi kenderaan yang unggul tetapi juga dengan perkhidmatan pelanggan yang luar biasa.

Sehingga kini, BYD mempunyai 21 rangkaian bilik pameran dan menyasarkan untuk mempunyai sekurang-kurangnya 30 bilik pameran menjelang akhir 2024.

Selain itu, inisiatif digital BYD, seperti aplikasi mudah alih BYD yang mesra pengguna, memberikan pelanggan akses mudah ke lokasi pusat servis, tempahan janji temu yang cepat, dan peralatan diagnostik kenderaan yang canggih.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply