ARKIB

KATEGORI

Buletin

Saksikan Peugeot 408 di acara rumah terbuka “Sinar Raya”, dapatkan diskaun sehingga RM8,000

Berita Tempatan

Views

Peugeot Malaysia menjemput semua ke rumah terbuka “Sinar Raya Open House Weekend” yang akan berlangsung pada 20 dan 21 April ini, bermula dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

Peminat jenama Perancis ini akan menikmati diskaun sehingga RM8,000 dan berpeluang untuk memenangi “ketupat bertuah” apabila memandu uji dan menempah model Peugeot 2008, 3008, dan 5008 semasa acara tersebut.

Pengunjung juga boleh melihat dengan lebih dekat model Peugeot 408 serba baharu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Model tersebut akan dipamerkan di pusat-pusat pengedar yang mengambil bahagian.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Mereka yang berminat juga boleh membuat pra-tinjauan serta mengetahui lebih lanjut mengenai 408 sebelum pelancarannya dan seterusnya membuat tempahan.

Peugeot 408 serba baharu menampilkan reka bentuk ‘fastback, yang turut memberi petunjuk arah reka bentuk untuk kenderaan-kenderaan syarikat tersebut pada masa depan.

Ia juga menjadi model yang pertama memakai logo Peugeot yang baharu dan mempunyai tempat duduk ergonomik inovatif yang disahkan oleh AGR Germany, dengan fungsi urutan dalaman.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Semasa “Sinar Raya Open House Weekend”, pengunjung yang memandu uji Peugeot 3008 dan 5008 akan menerima “ketupat” bertuah dan berpeluang untuk memenangi sehingga RM1,000* tambahan duit raya untuk tempahan yang dibuat.

Selain, itu para pengunjung akan disajikan dengan pelbagai hidangan Raya. Dilengkapi dengan i-Cockpit terkini Peugeot, paparan antara muka Media 10-inci yang dipadankan dengan pelbagai sistem bantuan pemandu canggih dan teknologi keselamatan, Peugeot 2008, 3008 dan 5008 menawarkan bukan sahaja pengalaman pemanduan yang mengasyikkan tetapi juga keselesaan dan gaya tanpa kompromi.

Promosi Sinar Raya akan berlangsung sehingga 30 April di mana pelanggan akan terus menikmati potongan harga sehingga RM8,000 apabila mereka membuat tempahan untuk model Peugeot. Bukan itu sahaja, semua kenderaan Peugeot baharu didatangkan dengan jaminan penuh selama 7 tahun atau 200,000km.

Untuk maklumat lanjut mengenai Sinar Raya Open House Weekend, sila ikuti pengedar pilihan anda di Facebook atau layari laman sesawang rasmi www.peugeot.com.my.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply