Salah seorang calon yang lulus Program MyLesen B2 Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka 2024 di Melaka menitiskan air mata apabila berjaya memiliki lesen memandu kelas B2 selepas hampir 37 tahun menunggang motosikal tanpa lesen yang sah.
Calon berkenaan, Osman Baba, 55, berkata, sebelum ini dia telah lima kali gagal Ujian Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) atau ujian berkomputer gara-gara kurang pandai membaca.
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
“Alhamdulillah kali ini saya lulus. Sejak usia 18 tahun saya ambil risiko tunggang motosikal tanpa lesen,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Penutup Program MyLesen B2 JPJ Melaka 2024 dan Hari Eksplorasi Keselamatan Jalan Raya 2024 di Banda Hilir di Melaka, semalam.
Osman yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Bukit Katil berkata, hasil tunjuk ajar pegawai dan anggota JPJ menyebabkannya berjaya lulus Ujian KPP dengan cemerlang.
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
“Sudah banyak kali saya ditahan penguat kuasa JPJ dan polis kerana menunggang motosikal tanpa lesen ketika berulang-alik ke tempat kerja.
Memang sukar nak digambarkan perasaan ini, sebak seperti tidak percaya saya akhirnya mempunyai lesen motosikal,” katanya. – KOSMO! ONLINE
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
KOMEN TERKINI