ARKIB

KATEGORI

Tular

Menyamar sebagai polis sebelum curi RX-Z, seorang diberkas, seorang lagi masih diburu

Tular

Views

Polis berjaya memberkas seorang lelaki berusia 31 tahun selepas terlibat dalam satu kes kecurian sebuah motosikal Yamaha RX-Z dengan menyamar menjadi anggota unit beruniform itu lewat malam semalam.

Menurut UtusanTV, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, suspek lelaki Melayu itu ditangkap sepasukan polis Cawangan Operasi/Risikan, Jabatan Siasatan Jenayah IPD Petaling Jaya di Jalan Pju 7/15 Mutiara Damansara pukul 11.50 malam.

Katanya, hasil maklumat soal siasat, suspek telah membawa polis ke Jalan Teknologi, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara di mana lokasi lori yang digunakan disimpan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Polis telah merampas sebuah lori Mitsubishi berwarna putih dan seunit telefon pintar milik suspek. Terdahulu, tular di media sosial mengenai kehilangan sebuah motosikal yang diparkir di Apartment Selasih, Damansara Damai diangkut “anggota polis” dengan menaiki sebuah lori.

Video itu tular itu sempat dirakam oleh pengawal keselamatan ketika kedua-dua suspek dengan selamba mencuri motosikal mangsa.

Mohammad Fakhrudin berkata, mangsa seorang penghantar makanan berusia 30 tahun telah membuat laporan polis pada pukul 6.20 petang semalam.

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

Semasa mangsa keluar rumah pada pukul 8 pagi, motosikal milik pengadu dalam keadaan berkunci termasuk menggunakan kunci tambahan.

Apabila pulang ke rumah pada pukul 5.20 petang, pengadu mendapati motosikal miliknya hilang. Tambahnya, mangsa kemudian dimaklumkan oleh pengawal keselamatan, dua lelaki mengaku sebagai anggota polis sebelum membawa motosikal pengadu menaiki sebuah lori.

Katanya lagi, polis kini sedang giat memburu seorang lagi suspek bersama motosikal yang dicuri. Kes disiasat dibawah Seksyen 379 (A) Kanun Keseksaan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply