ARKIB

KATEGORI

Buletin

VPCM lancar Tiguan Allspace facelift 2022 – Dua varian, harga dari RM174,745

Berita Tempatan

Views

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini melancarkan Tiguan Allspace Elegance dan R-Line 4MOTION facelift 2022 yang dipasang di Pekan, Pahang.

Berikut adalah harga Tiguan Allspace facelift 2022 mengikut varian:

  • Tiguan Allspace Elegance – RM174,745.68 (termasuk pengecualian cukai jualan)
  • R-Line 4MOTION – RM219,443.59 (tidak termasuk pengecualian cukai jualan) 

Sejak dilancarkan pada tahun 2017, Tiguan Allspace berjaya dijual sekitar 1.5 juta unit di seluruh dunia, mewakili 55 peratus daripada keseluruhan produksi Tiguan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Perodua bakal bangunkan pesaing kepada Proton X50?

Untuk versi 2022, kedua-dua varian ini menerima jeriji rekaan baharu, bampar hadapan baharu dan lampu utama lebih kemas. Ia diserikan lagi dengan jejalur lampu LED, perkataan ‘Tiguan’ pada bahagian belakang dan juga penampilan logo baharu Volkswagen.

Di bahagian dalaman, antara penambahbaikan yang dibuat adalah sistem infohibur Discover Pro bersaiz 9.2 inci generasi baharu yang serasi dengan Apple CarPlay dan Android Auto nirwayar, arahan suara, sistem navigasi terbina dalam dan banyak lagi.

Stereng sport pelbagai fungsinya kini boleh dikawal melalui butang kawalan haptik untuk ketersambungan yang lancar. Selain itu, butang-butang dan tombol panel pendingin hawa juga telah dikemas kini.

Aspek keselesaan untuk pemandu dan penumpang hadapan dipertingkatkan menerusi tempat duduk dengan suhu aktif. Tempat duduk ventilasi ini menawarkan ciri penyejukan dan pemanasan untuk disesuaikan dengan cuaca semasa.

JOM BACA >> Foto Yamaha 135LC Fi bocor, empat pilihan warna termasuk versi Edisi Khas (SE)!

Varian R-Line 4MOTION pula dipasang dengan sistem bunyi premium Harman Kardon 480-watt dengan 10 unit pembesar suara yang menawarkan pengalaman audio yang mengasyikkan menerusi empat profil audio dan mod keliling.

Varian Elegance pula didatangkan dengan pilihan empat mod pemanduan iaitu Eco, Normal, Sport atau Individual mengikut pilihan masing-masing. Dari segi keselamatan, kedua-dua varian ini dilengkap sistem Bantuan Lorong.

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter optimis bahawa model-model baharu Tiguan Allspace merupakan pencabar kuat dalam segmennya. Menurut beliau, Tiguan Allspace ialah sebuah SUV yang serba lengkap dan mampu menawarkan lebih lagi dari segi ruang, prestasi dan nilai.

VPCM menawarkan sokongan selepas jualan yang merangkumi penyelenggaraan percuma selama tiga tahun, jaminan lima tahun tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan untuk lima tahun.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Perodua mungkin kekalkan nama Alza untuk D27A?
JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”
JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?
JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply