Dua individu berjaya menyelamatkan diri dalam kejadian kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Mercedes-Benz di Lebuhraya Utara Selatan, di Gurun pada Ahad.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Guar Chempedak, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fauzi Razali berkata, Pusat Gerakan Operasi Kedah menerima panggilan kecemasan pada jam 3.18 petang dan mengarahkan jentera serta anggotanya ke lokasi kejadian.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Menurutnya, maklumat awal yang diterima melibatkan kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Mercedes-Benz CLA 200 yang terbakar hampir 90 peratus di bahu jalan lebuh raya.
Operasi pemadaman terkawal pada jam 3.50 petang. Tindakan pemadaman menggunakan dua aliran salur bantu mula dan pemadaman tamat sepenuhnya pada jam 4.08 petang.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Difahamkan terdapat seorang lelaki dan seorang perempuan di dalam kereta itu yang dalam perjalanan menghala ke selatan tanah air.
Menyedari ada asap yang keluar dari kereta yang dinaiki, mereka bertindak berhenti di bahu Lebuhraya Utara Selatan sebelum keluar untuk menyelamatkan diri. – Sinar Harian
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI