ARKIB

KATEGORI

Tular

Garu kepala semasa memandu pun kena denda RM1,957

Tular

Views

Seorang lelaki di Belanda didenda €380 (RM1,957) selepas sebuah kamera berteknologi kecerdasan buatan (AI) merakam dia menggaru kepala semasa memandu.

Laman berita Oddity Central melaporkan, perbuatan Tim Hansen ditafsir sebagai bercakap menggunakan telefon bimbit oleh kamera lalu lintas itu.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Hansen didenda pada November 2023 atas kesalahan menggunakan telefon bimbit ketika memandu di sebatang jalan, sebulan sebelumnya.

Disebabkan yakin tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu pada hari kejadian, dia memutuskan untuk menyemak gambar bukti di Agensi Pengumpulan Kehakiman Pusat.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Pada sekali pandangan, Hansen kelihatan seperti sedang bercakap menggunakan telefon, namun jika dilihat dengan teliti, dia sebenarnya tidak memegang sebarang objek di tangan.

Lelaki itu sebaliknya hanya menggaru kepala, manakala kamera AI tersalah anggap kedudukan tangannya sebagai memegang telefon.

Hansen telah membantah saman tersebut dan menjangkakan keputusan memihak kepadanya, namun dia perlu menunggu sehingga 26 minggu untuk keputusan rasmi. – KOSMO! ONLINE

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Monocam

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply