ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mercedes-Benz ubah laluan punca kemalangan 12 kenderaan, tiga cedera ringan

Berita Tempatan

Views

Tiga pemandu kenderaan termasuk dua perempuan dan seorang lelaki mengalami kecederaan dalam kemalangan membabitkan 12 kenderaan di Kilometer 11.1 Lebuhraya Pasir Gudang menghala Perling, dekat Johor Bahru, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, mangsa berusia antara 20-an hingga 60-an yang mengalami kecederaan ringan di bahagian muka itu dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk mendapatkan rawatan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Beliau berkata, kejadian membabitkan 12 kenderaan termasuk sebuah treler, tiga lori dan lapan kereta di laluan menghala ke Perling.

Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah Mercedes-Benz dipandu seorang lelaki tempatan berusia 20-an mengubah laluan dari lorong tengah ke lorong kanan.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Katanya, ia menyebabkan seorang lelaki warga tempatan berusia 40-an yang memandu treler tidak dapat mengelak hingga merempuh kereta itu sebelum terbabas masuk ke laluan bertentangan dan merempuh 10 kenderaan yang sedang berhenti di laluan itu.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Polis memohon saksi awam yang melihat kejadian supaya tampil ke Balai Trafik Johor Bahru Selatan untuk memberi keterangan atau menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Kelly Lee Ya Yek di talian 014-6977122. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Muhammad Zahirudin Tahgudin

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply