ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nissan bakal keluarkan 30 model baharu, sasar jual sejuta kenderaan

Berita Global

Views

Nissan Motor akan melancarkan 30 model baharu dalam tempoh tiga tahun akan datang dan menyasarkan untuk meningkatkan jualan globalnya sebanyak sejuta kenderaan sambil mengurangkan kos untuk meningkatkan keuntungan.

Mengumumkan kemas kini terhadap pelan perniagaan jangka sederhananya, pengeluar kereta ketiga terbesar Jepun dari segi jualan itu berkata ia akan menyasarkan margin keuntungan operasi melebihi enam peratus menjelang akhir tahun kewangan hingga Mac 2027 dan jumlah pulangan pemegang saham melebihi 30 peratus.

Nissan merupakan perintis kenderaan elektrik (EV) dengan Leaf berkuasa bateri, tetapi telah diatasi oleh pesaing dari Amerika Syarikat (AS) Tesla dan peneraju dari China, BYD termasuk dalam pasaran kereta terbesar dunia, China.

Nissan menjangkakan kereta berkuasa bateri sepenuhnya akan menyumbang kira-kira satu perlima daripada jualan globalnya pada masa itu dan kereta yang menggunakan sistem kuasa hibrid menyumbang satu perlima lagi, manakala kereta yang hanya mempunyai enjin pembakaran dalaman akan merangkumi baki 60 peratus.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Pengeluar kereta Jepun itu kini menyasarkan untuk memiliki EV, termasuk hibrid, membentuk 60 peratus daripada jualan global menjelang akhir dekad ini, meningkat daripada sasaran 55 peratus yang dikeluarkan pada Februari 2023.

Berdepan dengan persaingan sengit, Nissan dan pesaing domestik, Honda Motor bulan ini berkata mereka akan mempertimbangkan perkongsian strategik untuk bekerjasama dalam komponen utama untuk EV dan bidang-bidang lain.

Daripada 30 model baharu itu, 16 model akan dibekalkan elektrik, termasuk lapan kenderaan berkuasa bateri dan empat hibrid ‘plug-in‘, katanya.

Nissan merancang untuk mengurangkan kos EV generasi akan datang sebanyak 30 peratus untuk menjadikannya setanding dengan model enjin pembakaran dalaman menjelang 2030.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Di AS dan Kanada, Nissan menjangka melancarkan tujuh model baharu dan merombak 78 peratus daripada barisan kenderaan penumpangnya untuk jenama Nissan serta melancarkan model hibrid e-kuasa dan ‘plug-in‘.

Pengeluar kereta itu juga merancang untuk melancarkan lapan kenderaan tenaga baharu di pasaran China, empat daripadanya akan menjadi model jenama Nissan, dan enam model baharu di Eropah.

Ia juga menyasarkan untuk melancarkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik tiga baris baharu pada penghujung tahun kewangan hingga Mac 2029 yang akan didatangkan dengan pengurangan 50 dalam masa pengecasan pantas dan 50 peratus kepadatan tenaga lebih tinggi berbanding model Ariya.

Nissan akan meneroka perkongsian baharu di AS dan Jepun, selain terus memanfaatkan pakatannya yang telah lama terjalin dengan Renault dan Mitsubishi Motors di Eropah serta kawasan lain seperti India dan Amerika Latin, katanya.

Sumber bulan ini berkata bahawa Nissan sedang dalam perbincangan lanjut untuk melabur dalam pembuat EV, Fisker supaya ia boleh menggunakan platform trak. – Berita Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Car Dealer Magazine

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply