ARKIB

KATEGORI

Tular

Meskipun dikecam warganet, lelaki ini berjaya jual Yamaha RX-Z harga RM60K dalam masa sehari je!

Tular

Views

Benarlah kata pepatah ‘Ore Klate’ yang mengatakan “Demo kenal bare boh“. Baru-baru ini, tular kisah satu hantaran yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook bernama Joe Shaari yang mahu menjual sebuah motosikal ‘lejen’ Yamaha RX-Z dengan harga RM60,000.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Meskipun teruk dikecam oleh warganet, namun RX-Z  berwarna “Biru Bohjan” itu telah menarik perhatian seorang pembeli dari Kedah. Dia mula mengiklankan motosikal itu pada 20 September lalu dengan harga RM62,000.

Selain itu, dia turut menjual sebuah topi keledar berwarna oren dari jenama Bell dengan harga RM65,000. Pakej pembelian kombo RX-Z dan topi keledar Bell itu dijual pada harga RM122,000. Katanya, kondisi RX-Z itu adalah ‘motosikal asal’ yang masih mengekalkan 90 peratus komponen NOS (New Old Stock).

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Selain itu katanya, motosikal itu telah dicat semula dan ada sedikit kesan calar dibahagian lampu depan yang boleh dirundingkan. Kata Joe, dia juga tidak terpikir untuk menjual sebuah motosikal lama dengan harga yang tak masuk akal.

Joe turut berterima kasih kepada mereka yang sudi kongsi dan menularkan hantaran tersebut hingga dia berjaya menjual RX-Z itu dalam tempoh yang singkat.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Joe Shaari

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply