ARKIB

KATEGORI

Buletin

MOT sedang kaji kebolehlaksanaan penggunaan penderia dalam ujian memandu – Menteri Pengangkutan

Berita Tempatan

Views

Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang melaksanakan kajian mengenai kebolehlaksanaan mengaplikasikan teknologi terkini termasuk penggunaan penderia (sensor) dalam ujian memandu di negara ini.

Harian Metro melaporkan, Menterinya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, ia akan menambah baik proses pembelajaran dan meningkatkan tahap integriti pengujian yang dijalankan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Sebagai contoh, jika seseorang itu mengambil ujian dengan JPJ, pihaknya akan masukkan mereka dalam kenderaan yang bukan sahaja ada kamera video untuk rakaman, malah penderia juga akan diletakkan dalam kenderaan tersebut.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Apabila di litar, semua tiang parkir akan dipasang dengan kamera dan penderia bagi melihat bagaimana soal integriti yang dipersoalkan dulu yang mengatakan boleh memberi rasuah semasa mengambil ujian.

Beliau berkata, spekulasi soal integriti dalam ujian memandu juga dapat diselesaikan dengan penggunaan teknologi dan sensor apabila semua maklumat dapat dikawal oleh pusat kawalan.

Wee berkata, keperluan automasi dalam merekodkan elemen pengujian yang boleh dilihat kembali apabila terdapat dakwaan juga boleh diselesaikan dengan bantuan teknologi itu.

Katanya, ia memerlukan analisis data besar, penggunaan sensor yang canggih termasuk penggunaan ‘Internet Pelbagai Benda (IoT)’.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Zakaria Mohd Edris (Bersatu-Libaran) yang meminta penjelasan MOT mengenai usaha memperkasakan penggunaan teknologi internet atau kecerdasan buatan (AI) dalam Industri Latihan Pemanduan (ILP).

Mengenai perlanjutan Lesen Belajar Memandu (LDL) yang tamat tempoh melebihi dua tahun bermula 13 Januari lalu sehingga 30 Jun 2022, Wee berkata ia membantu anggaran 462,000 calon yang tidak dapat mengikuti proses mendapatkan lesen dan menduduki ujian memandu akibat penutupan pengoperasian institut memandu berikutan pandemik Covid-19.

Beliau berkata, perlanjutan tempoh itu juga akan membolehkan institusi memandu mengaturkan ujian untuk semua calon dengan pihak JPJ dan dapat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto hiasan

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply