ARKIB

KATEGORI

Buletin

MESTI BACA : Lima sebab mengapa TRAPO Classic Mark II sesuai dihadiahkan kepada pemilik kereta baharu

Advertorial

Views

Setelah beberapa bulan menggunakan alas kaki anti bakteria TRAPO Classic Mark II, penulis rasa terpanggil untuk berkongsi sedikit pengalaman mengenainya. Pada penulis, sejak dari mula ia berfungsi dengan cukup baik dan telah memudahkan kerja-kerja mencuci kotoran seperti pasir atau sisa makanan dari terperangkap pada lantai kereta.

Semburkan sahaja dengan air jika terkena kotoran yang agak susah untuk ditanggalkan. Kemudian jemur seketika dan ia juga cepat kering. Selain memerangkap kotoran ia turut berfungsi untuk menceriakan lagi ruang dalaman kereta anda.

Dengan pilihan warna yang menarik, anda boleh memilih kombinasi warna yang ditawarkan yang kena dengan jiwa anda! Oleh itu, penulis menyarankan agar TRAPO Classic Mark II untuk dijadikan hadiah kepada pemilik kereta baharu. Kebetulan pula bapa penulis baru-baru ini mendapat kereta baharu, jadi TRAPO Classic Mark II telah menjadi ‘hadiah istimewa’ buatnya.

Ini LIMA sebab mengapa TRAPO Classic Mark II sesuai dihadiahkan kepada pemilik kereta baharu.

JOM BACA >> INTIP : Foto papan pemuka Iriz Active bocor!

1. Menjadikan ruang dalaman kereta lebih berseri!

TRAPO Classic Mark II tidak seperti alas kaki lain di pasaran. Reka bentuknya yang moden dan mewah pastinya membuatkan ramai yang menyukainya. Gaya rekaan jejaring seperti kuih ‘Waffle‘ nampak begitu unik dan pilihan kombinasi warna yang menarik sudah lebih dari cukup untuk menaikkan lagi seri ruang dalaman kereta anda. Kena pula dengan kereta baharu yang masih lagi ‘bau kedai’, lagi lah berseri-seri.

2. Kerja pembersihan ruang dalaman kereta menjadi lebih mudah dan pantas!

Sudah pasti kerja-kerja untuk pembersihan kereta menjadi lebih mudah dengan TRAPO Classic Mark II. Ia cukup efektif untuk memerangkap kotoran yang terlekat, tidak kiralah pasir, tanah, sisa makanan hatta tumpahan air pun sekalipun.

Pernah sekali anak penulis tertumpah air ‘Milo’ dalam kereta, namun boleh kata hampir kesemua tumpahan air bertakung di permukaan alas kaki tersebut. Penulis cuma tanggalkan dengan berhati-hati dan terus semburkannya dengan air paip, kemudian sidai di ampaian.

Lebih kurang setengah jam ia sudah kering. Tak payah jemur tengah panas pun, cukup sekadar di bawah anjung rumah yang berbumbung. Kereta baharu memang wajib guna alas kaki ini, memang terbaik!

3. Tahan lasak

Walaupun sangat ringan TRAPO Classic Mark II cukup lasak. Setakat ini, boleh kata kerap juga penulis membuang sisa kotoran yang terperangkap, adatlah sebab ada anak kecil. Setakat ini, pelekat velcronya masih lagi melekat dengan kuat.

Meskipun permukaannya lembut bila dipijak dan tetapi ia masih lagi tidak menggelupas mahupun bercalar, tak luak langsung beb! Menurut TRAPO, produk keluaran mereka ini telah menjalani ujian di makmal lelasan, sama seperti yang dilakukan oleh jenama kasut terkenal. Dah la cantik, tahan lasak pula. Memang sesuai sangat dipakai oleh pemilik kereta baharu, betul tak?

JOM BACA >> INTIP : Iriz Active ke tu?

4. Dijamin selamat dan bebas bakteria

TRAPO Classic Mark II sememangnya selamat untuk digunakan kerana ia merupakan alas kaki yang pertama di Malaysia yang menyingkirkan 99.9 peratus bakteria dengan menggunakan teknologi Backtekiller dari Jepun.  Tikar ini juga langsung tiada bau seperti tikar PVC yang dijual di pasaran  dan ia juga boleh dikitar semula.

Anda dapat alas kaki yang bebas kuman dan pada masa yang sama menjadi ‘pencinta alam’. Jika ia dipasang pada kereta baharu, sudah tentu suasana ruang dalaman akan menjadi lebih selesa dan nyaman kan?

5. Produk berkualiti dengan harga yang sangat berbaloi

Jika dibandingkan dengan dengan alas kaki yang dijual di kedai-kedai aksesori kereta, ternyata TRAPO Classic Mark II berada pada kelas yang tersendiri. Dah la bergaya, berkualiti tinggi pula. Dengan harga bermula dari RM219.90 dan ia didatangkan dengan jaminan selama setahun.

Alas kaki pun ada waranti, bukan biasa-biasa beb! Anda akan dapat pakej lengkap yang merangkumi 1 unit tikar tempat duduk bahagian pemandu, 1 lapik tapak tikar tempat duduk bahagian pemandu, 1 unit tikar tempat duduk penumpang hadapan dan 3 unit tikar di bahagian tempat duduk belakang.

Memang sangat-sangat berbaloi! Hah, tunggu apa lagi, cepat la beli TRAPO Classic Mark II.

Khas buat pembaca setia Funtasticko.net, TRAPO sangat ‘bermurah hati’ untuk menawarkan diskaun sebanyak 10 peratus bagi setiap pembelian produknya (terhad hanya satu kegunaan bagi setiap pelanggan). Anda hanya perlu memasukkan kod promo – funtasticko10 untuk membuat pembelian menerusi laman sesawang my.trapo.asia sekarang!

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton
JOM BACA >> Perodua lancar Aruz di Singapura – Harga RM286k

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply