ARKIB

KATEGORI

Info

MESTI BACA: Proton Iriz MC2 – Apa yang berubah?

Views

Mat Bond baru sahaja pulang dari satu misi sulit dan telah membawa beberapa maklumat baharu berkenaan Proton Iriz MC2 dan Persona facelift. Memang menarik info-info yang Mat Bond bawakan kepada kami dan berikut adalah petikan sesi sembang kami bersama dengannya.

Apa perubahan luaran?

Yang bertukar sudah pastinya jeriji, lampu depan serta bampar depan dan belakang. Senang cerita, reka bentuk model sebenar tak banyak beza dengan manipulasi digital yang TheAjerul buat. Lagipun imej yang bocor sebelum ini juga sudah memberi gambaran awal mengenainya.

Perubahan dalaman?

Kalau di luar ada perubahan ketara, ruang dalaman pun ada perubahan yang menarik. Sebelum ini kita hanya tahu mengenai unit infohiburan yang baharu namun bukan setakat itu sahaja, dengar cerita panel meternya nanti adalah digital sepenuhnya macam X70 tetapi rekaan paparan grafiknya tidak serupa kerana fungsinya berbeza sama sekali.

Ciri arahan suara juga ada pada model ini tetapi hanya terhad untuk fungsi aplikasi atas talian, tak boleh nak suruh dia turunkan tingkap macam X70 walaupun untuk varian Premium. Kemasan tempat duduknya juga dikatakan bakal mendapat sentuhan rekaan baharu. Varian Premium berkemungkinan akan ada ciri kamera 360 darjah, namun setakat ini ia masih belum dapat disahkan.

JOM BACA >> INTIP: Rombongan unit ujian Lynk & Co singgah di Temerloh – Adakah ia petanda jenama ini bakal masuk ke Malaysia?

Ada berapa varian?

Katanya ada tiga varian untuk Iriz MC2:

  • 1.3 CVT varian Standard
  • 1.3 CVT varian Executive
  • 1.6 CVT varian Premium

Nampaknya tiada lagi varian dengan transmisi manual selepas ini.

Enjin dan transmisi ditukar ke?

Jawapan yang ini memang tak berapa seronok nak didengar. Enjin dan transmisinya masih lagi dikekalkan tetapi penambahbaikan telah dibuat supaya ia lebih efisien dan lancar. Jadi harapan untuk melihat enjin atau transmisi baharu pada model ini tidak kesampaian.

Bila model ini akan dilancarkan?

Ia bakal dilancarkan selepas Tahun Baharu Cina. Berkemungkinan pada hujung bulan Februari atau selewat-lewatnya awal bulan Mac. Mat Bond kata model Proton Iriz MC2 dan Persona facelift bakal dilancarkan serentak. Tarikh sebenar masih belum ditetapkan buat masa ini.

Setakat itu sahaja info yang kami perolehi buat masa ini. Kami akan hantar Mat Bond untuk misi baharu tidak lama lagi, buat masa ini bagilah peluang dia berehat dulu. Sekiranya ada maklumat terkini, kami akan konsgikannya dari semasa ke semasa. Tunggu!!!

JOM BACA >> Apa model baharu yang bakal dilancarkan Proton antara 2018 hingga 2023?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply