ARKIB

KATEGORI

Spyshots

INTIP : Proton uji X70 ini mungkin sedang menguji sesuatu

Views

Dalam artikel sebelum ini, kami pernah memuat naik beberapa foto Proton X70 yang menguji kombinasi enjin 1.5 liter TGDi dengan transmisi tujuh kelajuan dwi-klac – DCT. Kami syak, unit yang dikesan oleh Abuhakimi Abuhakimi mungkin menguji benda yang sama. Dua unit Proton X70 yang kelihatan dalam foto ini langsung tidak menggunakan sebarang pelekat penyamaran, hanya bahagian emblem sahaja yang ditutup.

X70 yang dikesan sekitar Sepang itu hampir berjaya untuk mengelirukan orang awam, namun tidak bagi yang peka. Plet perdagangan yang digunakan itu sebenarnya boleh menimbulkan sedikit rasa curiga. Pada kami, tidak mungkin ia unit untuk dihantar kepada pelanggan kerana setakat ini semuanya diangkut dengan treler. Buat masa ini belum dapat disahkan apakah tujuan sebenar Proton menguji X70 tersebut.

JOM BACA >> INTIP: Rombongan unit ujian Lynk & Co singgah di Temerloh – Adakah ia petanda jenama ini bakal masuk ke Malaysia?

Cuma kami boleh membuat spekulasi awal, Sama ada ia menguji kombinasi enjin dan transmisi baharu yang bakal digunakan pada varian CKD. Boleh jadi juga ia menjadi ‘keldai ujian’ awal untuk menguji enjin dan transmisi yang turut dikongsi dengan model SUV kompak baharu nanti. Model yang berkongsi pelantar dengan Geely Bin Yue (SX11) itu akan dilancarkan pada tahun hadapan (2020).

Kami jangka unit ujian awal model SUV kompak itu mungkin akan mula kelihatan di jalan raya pada pertengahan tahun ini, kalau lebih awal lagi bagus kan? Jadi siap sedialah dengan kamera anda!

JOM BACA >> Apa model baharu yang bakal dilancarkan Proton antara 2018 hingga 2023?

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply