ARKIB

KATEGORI

Buletin

MESTI TONTON : Minat francais servis bergerak Petronas? Tonton video ini!

Berita Tempatan

Views
Minat francais servis bergerak Petronas? Tonton video ini

Semalam PETRONAS Lubricants Marketing (Malaysia) Sdn Bhd (PLMMSB), anak syarikat PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) telah melancarkan satu unit bengkel motosikal bergerak yang pertama seumpamanya di Malaysia. Bengkel bergerak berasaskan konsep cepat dan santai serta menggunakan khidmat teknikal professional ini akan menjelajah seluruh Semenanjung Malaysia untuk memberi khidmat penukaran minyak pelincir PETRONAS Sprinta kepada penunggang motosikal.

Bengkel motosikal bergerak yang diubahsuai dari kontena 20 kaki itu telah dirasmikan oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Datuk Sri Syed Zainal Abidin. Ia diberi suntikan imej yang trendy dan bergaya agar penunggang motosikal dapat menikmati suasana santai sementara menunggu enjin motosikal mereka ditukar dengan minyak pelincir.

Menurut Syed Zainal, konsep yang dipaparkan ini akan memberi kemudahan dan pengalaman baru bagi penunggang motosikal kerana proses penukaran minyak pelincir akan menjadi lebih cepat dan lancar. Secara puratanya, proses ini akan mengambil masa hanya lapan minit dari mula hingga akhir bagi motosikal berkapasiti rendah dan sederhana.

JOM BACA >> Proton Saga facelift bakal dapat transmisi automatik baharu?

Pada acara yang sama, bertepatan dengan musim baru MotoGP™, PETRONAS juga telah melancarkan peraduan “PETRONAS Sprinta Bonanza 2019”. Peraduan yang bermula dari 11 Mac hingga 30 September 2019 ini bakal menyediakan hadiah bernilai lebih RM300,000 termasuk hadiah utama berupa sebuah motosikal kuasa tinggi Yamaha R6 yang menyerupai jentera lumba pasukan MotoGP™ PETRONAS YAMAHA SRT.

Di samping itu, PETRONAS turut menyediakan hadiah kedua iaitu motosikal Yamaha R25 dan hadiah bulanan motosikal Yamaha Y15ZR. Pelanggan juga berpeluang membawa pulang hadiah eksklusif beserta barangan premium PETRONAS Sprinta sepanjang bengkel ini beroperasi kerana PETRONAS juga akan membuat promosi dari semasa ke semasa.

Maklumat lanjut mengenai jadual bengkel motosikal bergerak PETRONAS Sprinta dan peraduan “PETRONAS Sprinta Bonanza 2019” boleh didapati dengan melayari laman media sosial PETRONAS Brands dan laman sesawang www.mymesra.com.my.

Ikuti laman web, Facebook dan YouTube kami untuk video-video ulasan pandu uji terkini. Jangan lupa LANGGAN/SUBSCRIBE saluran YouTube rasmi kami di FTV dan jangan lupa tekan butang loceng untuk mendapatkan pemberitahuan dan menjadi yang terawal menonton episod baharu kami! Kalau belum tonton episod yang lepas, “MESTI TONTON : Pengurangan tol dan impaknya, satu analisis jujur”, jom kita layan!

Pengurangan tol dan impaknya, kalau jadi ...ini baru janji, satu analisis jujur

JOM BACA >> Proton Persona facelift – Sedan keluarga segmen-B pertama di Malaysia dengan fungsi Arahan Suara

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply