ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kembara konvoi Proton X70 ke China bermula – Rentas empat negara dan 13 bandar sejauh 13,000km

Berita Tempatan

Views

Pagi tadi berlangsungnya majlis pelepasan peserta konvoi seramai sembilan pemilik Proton X70 yang telah menjadi sebahagian daripada peserta ekpedisi pemanduan ke empat negara berbeza, merangkumi 13 bandar dan sejauh 13,000km. Destinasi mereka adalah Hangzhou, China, bandar yang paling ramai penduduk Wilayah Zhejiang dan merupakan pusat bandar utama rakan kongsi Proton, iaitu Geely.

Ekspedisi ini diketuai oleh Pasukan Borneo Automobile Leisure Touring dan Kunming Scenery-Customer International Travel Co. China, serta turut disokong oleh Proton. Sepanjang perjalanan mereka akan berhenti di beberapa lokasi cawangan pengedar dan pusat servis Proton yang bakal mengalu-alukan ketibaan para peserta.

Perjalanan mereka bermula dari Pusat Kecemerlangan Proton di Shah Alam, dan secara keseluruhan konvoi ini disertai oleh 33 orang peserta. Kembara ekpedisi ini bakal mengambil masa kira-kira selama 33 hari untuk tiba ke destinasi. Titik pertengahan perjalanan ini adalah di Hangzhou, dan mereka berpeluang untuk melawat ke Pusat Pengalaman Geely selain dapat melihat model-model terbaharu keluaran Geely.

JOM BACA >> Proton Saga facelift bakal dapat transmisi automatik baharu?

Bagi Proton, ekspedisi ini dilihat sebagai satu peluang untuk mempamerkan Proton X70 kepada pembeli di pasaran luar negara, terutamanya di negara-negara ASEAN. Ia juga akan membuktikan bahawa model SUV ini mampu dipandu dalam pelbagai persekitaran yang berbeza dan keadaan-keadaan jalan raya di sepanjang perjalanan dari Malaysia ke China.

Bagi peserta yang menyertai Perjalanan Hebat Malaysia – China, ini adalah sebagai satu peluang untuk merasai keupayaan Proton X70 secara keseluruhan dalam pelbagai keadaan jalan dan cuaca. Dalam sepanjang perjalanan, mereka akan dapat menikmati pemandangan yang indah selain mendapat kenalan baharu.

Datuk Radzaif Mohamed, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton berkata, walaupun ini adalah inisiatif tertutup, Proton dengan sukacita menawarkan sokongannya sebagai tanda penghargaan kepada para pelanggan. Proton X70 telah diterima baik oleh rakyat Malaysia dan berharap ia bakal menjadi asas kepada kejayaan jualan eksport pada masa hadapan.

Setelah melengkapkan perjalanan mereka ke Hangzhou, peserta akan pulang ke Malaysia melalui laluan yang berbeza, dengan destinasi akhir adalah di Pusat Kecemerlangan Proton di Subang Jaya, Selangor. Kami doakan agar mereka dipermudahkan segala urusan perjalanan dan tiba ke destinasi dan kembali ke tanah air dengan selamat.

JOM BACA >> Proton Persona facelift – Sedan keluarga segmen-B pertama di Malaysia dengan fungsi Arahan Suara

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply