ARKIB

KATEGORI

Buletin

Minyak enjin diesel Shell Rimula R4X kini ditawarkan dalam bekas 18 liter

Berita Tempatan

Views

Shell Malaysia Trading Sdn Bhd telah memperkenalkan bekas berisi 18-liter yang baharu untuk minyak enjin tugas berat terlaris di pasaran, Shell Rimula R4X.

Dengan pengenalan bekas 18 liter ini, Shell Rimula R4X 15W 40 kini disediakan dalam lima saiz yang berbeza. Harga runcit yang disyorkan untuk bekas 18 liter ini ialah RM343.00.

Selain itu, saiz lain yang ditawarkan ialah dram 209 liter, bekas 20 liter, bekas 5 liter dan pek 1 liter. Minyak enjin ini dirumuskan oleh Shell dengan teknologi Dynamic Protection yang inovatif.

Ia adalah minyak pilihan bagi pemilik atau pemandu trak bersaiz kecil dan sederhana dan pengendali peralatan berat. Shell Rimula R4X ini menawarkan perlindungan tiga kali ganda dengan manfaat berikut:

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?

Kawalan asid dan kakisan

Minyak enjin ini melindungi enjin daripada kakisan dengan mengawal asid yang terbentuk apabila bahan api terbakar.

Ia memberikan perlindungan kakisan asid 50 peratus lebih baik dalam ujian enjin dan makmal, serta ujian lapangan dalam keadaan pemanduan trak sebenar.

Kawalan kehausan

Ia menyediakan lapisan minyak pelindung yang kukuh untuk mengekalkan komponen enjin yang kritikal untuk terus beroperasi.

Ini terbukti dalam ujian enjin Mack T-10 di mana Shell Rimula R4X menunjukkan perlindungan kehausan gelang omboh dan pelapik silinder enjin sehingga 30 peratus lebih baik berbanding yang diperlukan untuk memenuhi spesifikasi API CI-4.

Kawalan deposit

Ia memberikan kebersihan enjin sehingga 50 peratus lebih baik, mencegah pengoksidaan pada suhu tinggi dan mengekalkan enjin bersih daripada deposit.

Ini menyebabkan pengurangan enap cemar pada bahagian enjin yang berbeza seperti yang ditunjukkan dalam ujian enjin utama untuk memenuhi spesifikasi AS dan Eropah.

JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k

Menurut Pengurus Besar Shell Lubricants untuk Malaysia dan Singapura Nyon Kam Yew, pengenalan bekas berisi minyak 18 liter akan membantu mengurangkan pembaziran dan menjadikan Shell Rimula R4X lebih ekonomi.

Walaupun pilihan pelincir sintetik yang lebih cekap dengan pelepasan yang lebih rendah sudah pun di pasaran, namun minyak mineral seperti Shell Rimula R4X masih menguasai anggaran 89 peratus pasaran minyak enjin tugas berat di Malaysia.

Pelbagai ujian yang dijalankan bersama pelanggan dalam sektor pengangkutan dan logistik membuktikan bahawa rangkaian minyak sintetik Shell Rimula dapat memberikan perlindungan kehausan yang lebih baik dan gred minyak kekal tidak berubah dengan lebih lama.

Nyon berkata, minyak enjin tugas berat teknologi sintetik tahap permulaan, Shell Rimula R4 Plus, merupakan pilihan menjimatkan kos peringkat yang seterusnya untuk pemilik kumpulan kenderaan yang merancang untuk menurunkan pelepasan karbon kenderaan mereka.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply