ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton sumbang tujuh enjin 1.5 TGDi kepada beberapa institusi pendidikan di Perak

Berita Tempatan

Views

Proton telah menyumbangkan tujuh unit enjin 1.5 TGDi pemasangan tempatan kepada institusi pendidikan di Perak untuk memperkasakan program teknikal di negeri itu, baru-baru ini.

 

Enjin tersebut telah disampaikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, dan Ahli Parlimen Tanjung Malim YB Chang Lih Kang, semasa acara berbasikal sejauh 30km, ‘Proton Growing Together Fun Ride‘.

Acara berbasikal yang diadakan bersempena dengan ulang tahun syarikat ke-40 telah berjaya menerima lebih lima ratus penyertaan.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?

Antara institusi pendidikan yang menerima enjin 1.5TGDi itu termasuklah Politeknik Sultan Azlan Shah Behrang, Kolej Vokasional Slim River, Giat Mara Tanjung Malim and Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim.

Para pelajar akan diberi latihan eksklusif dan membina pengetahuan dalam servis dan pembangunan enjin, serta membantu menyelaraskan kemahiran mereka dengan permintaan industri.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong, pihaknya berharap enjin yang diserahkan itu akan membantu memajukan program latihan di institusi dan membantu melatih bakat masa depan untuk industri automotif Malaysia.

JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k

Selain majlis penyerahan enjin, Proton turut menyampaikan sumbangan RM3,000 kepada tiga-beradik atas usaha cemerlang mereka di Pameran Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX23).

Shameer Panduar, 16, Shaheer Panduar, 14, dan Shazlan Panduar, 13, yang merupakan pelajar SMK Proton City telah merangkul pingat emas untuk Pameran Rekacipta Muda Dunia (WYIE) dan dinobatkan sebagai Pencipta Muda Terbaik di Pameran Reka Cipta Muda Malaysia (MYIE).

Tambah Dr Li Chunrong, pihaknya turut berbangga dengan pencapaian mereka dan berharap ini adalah langkah pertama untuk pencapaian yang lebih hebat pada masa hadapan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply