ARKIB

KATEGORI

Buletin

Perkhidmatan van perantara percuma ke Parlimen bermula hari ini sehingga 14 Disember

Berita Tempatan

Views

Perkhidmatan van perantara percuma (T851) dari KL Sentral ke bangunan Parlimen disediakan bermula 9  Oktober (hari ini) sehingga 14 Disember ini bagi mengatasi kekurangan tempat letak kereta ketika persidangan berlangsung.

Menurut Rapid Bus di laman Facebooknya hari ini, perkhidmatan itu disediakan untuk pengguna yang mempunyai urusan rasmi di Parlimen.

JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?

“Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan ini jika ingin ke Taman Botani Perdana,” demikian menurut poster yang dikongsi Rapid Bus.

Rapid Bus juga memaklumkan kekerapan perkhidmatan itu adalah setiap 30 minit bagi waktu puncak iaitu 7 pagi hingga 10.30 pagi dan 4.30 petang hingga 8 malam, manakala kekerapan setiap 60 minit ketika waktu bukan puncak iaitu 11 pagi hingga 4 petang.

JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k

Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Parlimen Ke-15 akan membuka tirainya hari ini hingga 30 November dan Persidangan Dewan Negara pula akan berlangsung dari 27 November hingga 14 Disember.

Februari lalu, perkhidmatan bas pengantara percuma dari KL Sentral ke bangunan Parlimen disediakan untuk semua termasuk Ahli Parlimen, pegawai bertugas dan pengamal media bagi mengatasi isu kekurangan tempat letak kereta serta kesesakan lalu lintas.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Rapid KL

JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2
JOM BACA >> Pemandu Honda HR-V seakan ‘sengaja langgar’ motosikal dalam video tular disaman

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply