ARKIB

KATEGORI

Buletin

Pengusaha teksi sapu jadi punca kluster baharu di Beaufort

Berita Tempatan

Views

Pengusaha teksi sapu di Beaufort menjadi pencetus kluster baharu iaitu Kluster Kota Klias dengan mencatat jangkitan 44 kes kumulatif COVID-19.

Menurut Berita Harian, jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata kes indeks lelaki berusia 69 tahun, disahkan positif COVID-19 di Hospital Beaufort pada 3 Julai lepas dalam saringan kemasukan wad.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Katanya, penularan jangkitan itu membabitkan sebahagian besar adalah dari keluarga dan pelanggan teksi sapu di beberapa lokaliti sekitar Mukim Kota Klias.

Daripada 71 kontak yang disaring, kluster ini merekodkan kadar positif sebanyak 60.5 peratus dengan jumlah kumulatif 44 kes termasuk empat kes baharu semalam.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, berkata jumlah kes harian COVID-19 semalam kekal mencatatkan kes sebanyak tiga angka.

Ujarnya, sebanyak 370 kes baharu COVID-19 direkod di Sabah semalam, menjadikan jumlah kumulatif 73,506 kes dan sebanyak 230 pesakit COVID-19 sembuh menjadikan jumlah kumulatif 70,413 orang.

Tambah Masidi lagi, dua kes kematian dilaporkan di mana masing-masing mencatatkan satu kes membabitkan daerah Keningau dan Semporna.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Berita Harian

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply