ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mitsubishi Pajero Final Edition – Berakhirnya sebuah legasi selama 37 tahun di Jepun

Berita Global

Views

Sebut sahaja Mitsubishi Pajero, kami rasa pasti ramai yang teringat nostalgia mengenai sebuah SUV antara yang paling lama di pasaran. Penulis juga mempunyai kenangan dengan kenderaan ini kerana semasa kecil dahulu agak kerap menaiki Pajero milik Jabatan Kerja Raya (JKR). Masa itu terasa sangat ‘gah’ kerana menaiki sebuah kenderaan yang besar dan tinggi.

Agak menyedihkan kerana Mitsubishi Pajero sudah sampai ke penghujung hayatnya di Jepun kerana pengeluar tersebut telah mengumumkan perancangan untuk menamatkan pengeluaran model ini pada bulan Ogos. Bagi meraikan sambutan ke-37 tahun SUV itu di Jepun, Mitsubishi bakal melancarkan satu versi edisi terhad sebanyak 700 unit sahaja yang dinamakan sebagai Final Edition.



JOM BACA >> Iriz dan Persona 2019 : Proton cetuskan ‘perang harga’ dengan Perodua?

Dibangunkan dari Pajero Exceed, Final Edition menampilkan kelengkapan standard tambahan, termasuk bumbung suria dan rel bumbung. Pelanggan juga boleh memesan Pakej Aksesori Final Edition yang ditambah dengan spoiler belakang, penutup tayar ganti dan pelapik lumpur dengan lencana Pajero.

Di bahagian dalam, model ini dilengkapi dengan kerusi depan kuasa, upholsteri kulit dan plet sil Final Edition yang bercahaya. Pajero Final Edition dikuasakan oleh enjin diesel 3.2-liter empat silinder yang menghasilkan 187 kuasa kuda dan 441 Nm daya kilas. Ia digandingan bersama transmisi lima-kelajuan automatik dan sistem pacuan empat roda dengan pengunci perbezaan belakang.

Rindu nak bawa Perdana...Nasib baik Proton ada kereta spare untuk kami try

JOM BACA >> Proton Iriz dan Persona 2019 dilancar – Lebih segar dan pintar, harga dari RM36,700

Harga yang ditawarkan adalah ¥4,530,600 (RM167,322) termasuk 8 peratus cukai penggunaan. Pembeli model ini juga akan menerima pelekat istimewa dan jam tangan jenama Mitsubishi dari Citizen. Walaupun Pajero bakal berakhir di Jepun, Mitsubishi berkata model Pajero dan Pajero Sport akan terus dijual di negara lain.

Namun menurut Mitsubishi UK, syarikat tersebut telah menghentikan import model Shogun dan hanya beberapa model yang tinggal dalam stok simpanannya. Pajero/Shogun akan terus dikeluarkan dipasaran yang masih mempunyai permintaan seperti di Australia dan Timur Tengah.

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply