ARKIB

KATEGORI

Info

Iriz dan Persona 2019 : Proton cetuskan ‘perang harga’ dengan Perodua?

Info

Views

Semalam Proton telah melancarkan model Iriz dan Persona 2019 yang menawarkan beberapa penambahbaikan dari segi luaran dan dalaman. Apa yang agak mengejutkan, Proton membuat tindakan berani dengan menurunkan harga kedua-dua model ini walaupun telah ditambahbaik.

Menerusi bantuan dari Pusat 4S Indera Mahkota Kuantan kami membuat kiraan secara ringkas perbezaan harga lama dan baharu kedua-dua model ini. Harga Iriz mengalami penurunan yang agak ketara, sekitar antara RM 1,734.58 sehingga RM 3,312.80.

Berikut adalah perbezaan harga Proton Iriz:

VarianHarga LamaHarga BaharuPerbezaan Harga
Standard 1.3L MTRM 40,012.80RM 36,700RM 3,312.80
Standard 1.3L CVTRM 42,764.99RM 39,700RM 3,064.99
Executive 1.3L CVTRM 46,434.58RM 44,700RM 1,734.58
Executive 1.6L CVTTiadaRM 46,700Tiada
Premium 1.6L CVTRM 53,751.67RM 50,700RM 3,051.67

* Harga tanpa insurans di Semenanjung Malaysia

Iriz varian Standard 1.3L MT yang dahulunya dijual pada harga RM 40,012.80 kini turun kepada RM 36,700. Dalam lingkungan harga tersebut, ada dua model yang dijangka tergugat, iaitu Perodua Axia varian 1.0 Special Edition yang dijual pada harga RM 37,490.00. dan Bezza varian 1.0 GXtra yang berharga RM 36,290.00.

Iriz varian Premium 1.6L CVT kini dijual pada harga RM 50,700 sudah pasti cuba mencuri sedikit pelanggan Myvi varian 1.5L AV yang berharga RM 54,090.00. Harga varian tertinggi Iriz ini hanya RM 410 lebih tinggi berbanding Myvi varian 1.5L H yang dijual pada harga RM 50,290.00.



JOM BACA >> Hanya penerima BSH dapat subsidi petrol – Harga siling RON95 mungkin dihapuskan

Harga Persona 2019 juga lebih rendah berbanding model sebelumnya, dengan julat perbezaan antara RM 69.07 hingga RM 1,399.48. Varian Premium 1.6L CVT hanya turun RM 69.07 tetapi varian Executive 1.6L CVT turun agak ketara, RM 1,399.48 berbanding varian model sebelumnya.

Berikut adalah perbezaan harga Proton Persona:

VarianHarga LamaHarga BaharuPerbezaan Harga
Standard 1.6L MTRM 42,742.91RM 42,600RM 142.91
Standard 1.6L CVTRM 45,495.10RM 44,600RM 895.10
Executive 1.6L CVTRM 50,999.48RM 49,600RM 1,399.48
Premium 1.6L CVTRM 54,669.07RM 54,600RM 69.07

* Harga tanpa insurans di Semenanjung Malaysia

Harga baharu Persona varian Standard 1.6L MT kini dijual pada RM 42,600, hanya RM 710 lebih tinggi berbanding Bezza varian 1.3 Premium X yang berharga RM 41,890.00. Persona varian Standard 1.6L CVT kini RM 3,190.00 lebih rendah berbanding Bezza varian 1.3 Advance yang dijual pada harga RM 47,790.00.

Walaupun kedua-dua model sedan ini berada di segmen yang berbeza, Persona untuk segmen B manakala Bezza dalam segmen A, perbezaan harga antara kedua-dua model ini tidaklah begitu ketara. Walaupun perbandingan ini nampak tidak adil dari segi varian dan segmen, kami hanya membuat perbandingan ini atas dasar perbezaan harga sahaja.

JOM BACA >> Kad Mesra Petronas tawar insurans kemalangan Mesra Personal Accident (PA) sehingga RM50,000 – Ini syarat-syaratnya

Kami jangkakan julat harga Saga facelift nanti mungkin akan bermula di RM30K hingga RM40K sekiranya merujuk kepada harga semasa. Jadi strategi baharu Proton dengan ‘menurunkan harga’ bakal mencetuskan ‘perang harga’ dengan Perodua. Adakah strategi ini bakal menjadi? Kita lihat statistik jualan nanti.

Yang pasti Perodua tidak akan berdiam diri kerana menurut kitaran hayat barisan model semasa mereka, model Axia sudah sampai masa untuk menerima generasi baharu dan Bezza pula sudah tiba masa untuk ke fasa facelift. Mungkin Perodua akan ‘membalas balik’ dengan memberikan tanda harga yang menarik untuk kedua-dua model ini.

Nantikan!

JOM BACA >> MESTI TONTON : Yamaha Y Suku harga Yahudi. Sudah tiba masa industri motosikal dirombak?
JOM BACA >> MESTI BACA : Doktor ini pesan tegah anak berdiri keluar bumbung suria – Ini sebab-sebabnya
JOM BACA >> Kaliper brek kena ‘rembat’ – Lelaki Perancis ini terkandas di Pulau Pinang
JOM BACA >> Wanita Mesir ini ‘jatuh cinta’ pada Proton Exora – Ini sebab-sebabnya

KLIK UNTUK BESARKAN

Proton Iriz facelift 2019

Proton Persona facelift 2019

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply