Setelah mengumumkan kembalinya Ralliart pada Mei 2021, Mitsubishi secara rasminya memperkenalkan Vision Ralliart Concept, model konsep yang berasaskan model Outlander PHEV.
Dengan menggunakan slogan “The Next Era, The Next Adventure”, ia yang mungkin memberi petanda ketibaan varian berprestasi dalam barisan model Mitsubishi pada masa akan datang.
Dari segi rekaan, ia diibaratkan seperti “Outlander yang disuntik steroid” dengan rim futuristik bersaiz 22-inci dan kit badan lebar.
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
Selain itu, jeriji depannya pula ditutup penuh dengan reka corak sporty dengan lencana Ralliart, bampar depan telah direka semula, tambahan fender, rekaan bampar belakang dengan diffuser besar dan lampu brek diinspirasikan dari jentera lumba Formula 1.
Model konsep ini dicat dengan warna badan hitam kusam, namun foto rekaan dalamannya tidak dibekalkan buat masa ini. Mitsubishi tidak mendedahkan spesifikasi trenkuasa elektrik model tersebut, namun dikatakan mempunyai ouput motor yang lebih tinggi.
Ia turut dilengkapi kawalan talaan 4-roda yang lebih sporty dan kapasiti bateri yang dipertingkatkan. Model Outlander PHEV semasa dilengkapi dengan tetapan dwi motor, sistem Super-All Wheel Control (S-AWC) dan bateri 20 kWh.
Mitsubishi mendakwa Vision Ralliart menggabungkan DNA Ralliart dan dikatakan para juruteranya telah melakukan banyak kerja dalam penalaan casis.
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X70 MC1 ‘ronda-ronda’ sekitar Tanjung Malim
Meskipun terdapat penambahbaikan pada generasi lepas, Outlander PHEV yang menjadi asas untuk konsep ini masih lagi merupakan SUV yang besar dan berat.
Vision Ralliart Concept ini turut menerima brek cakera besar dengan angkup brek omboh 6-pot berlawanan dan berkemungkinan besar ia akan turut menerima talaan pada tetapan suspensi.
Model ini akan dipamerkan sempena dengan Tokyo Auto Show 2022 sebagai kajian konsep dan Mitsubishi berkata, “maklum balas dari pelanggan akan digunakan dalam pembangunan kenderaan mereka pada masa depan”.
Ini sekali gus memberi petanda kemungkinan akan ada model produksi SUV hibrid palam-masuk berprestasi tinggi pada masa akan datang.
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
KOMEN TERKINI