Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan bertegas mengenakan tindakan saman terhadap peniaga dan pembeli yang terlibat dalam aktiviti menjaja di persimpangan lampu isyarat dan jalan raya di negeri ini.
Utusan Online melaporkan, Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, tiada lagi amaran selepas ini memandangkan perbuatan tersebut boleh mengundang risiko kemalangan jalan raya selain program advokasi terhadap peniaga atau penjaja jalanan telah diadakan sebelum ini bagi memberi peringatan.
Jelas beliau, ini program advokasi dan amaran terakhir pihaknya, setakat ini, tiada lagi laporan kemalangan melibatkan penjaja jalanan namun mereka menerima rungutan orang awam yang mana kehadiran penjaja ini mengganggu aliran trafik.
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?
Ia bukan sahaja berlaku di Seremban, malah di Port Dickson terutama di lokasi lampu isyarat yang banyak kenderaan.
Hanif Yusabra berkata, merujuk kepada Kaedah 10A(1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959, tiada sesiapa pun boleh menjual atau menawarkan untuk menjual benda atau pun barang kepada mana-mana orang yang berada di dalam atau di atas kenderaan di persimpangan jalan atau mana-mana jalan raya.
Tambah beliau, bagi Kaedah 10A(2) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 pula menyatakan tiada sesiapa pun yang berada di dalam atau di atas kenderaan boleh membeli benda atau barang daripada mana-mana orang di persimpangan jalan atau mana-mana jalan raya.
Jelasnya, bagi kesalahan tersebut, penjual atau penjaja dan pembeli boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X70 MC1 ‘ronda-ronda’ sekitar Tanjung Malim
Dalam pada itu, beliau berkata, terdapat 10 lokasi utama persimpangan lampu isyarat yang menjadi tumpuan penjaja jalanan menjalankan perniagaan mereka di sekitar daerah ini.
Sehubungan itu, Hanif Yusabra berkata, JPJ menyeru kepada penjaja jalanan agar merujuk kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mendapatkan nasihat berhubung lokasi dan syarat lesen yang berkaitan bagi tujuan menjalankan perniagaan mengikut peraturan yang betul.
Ujar beliau, segala aspek perundangan perlu dipatuhi agar tidak menimbulkan kesulitan kepada orang ramai. JPJ memandang serius kesalahan yang melibatkan penjaja jalanan.
Beberapa siri advokasi yang dijalankan sebelum ini diharap dapat menjadi satu panduan dan peringatan. Tambah beliau lagi, segala aspek perundangan perlu dipatuhi semua pihak agar tidak menimbulkan kesulitan kepada orang ramai.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit JPJ Negeri Sembilan
JOM BACA >> GAC GS3 dilancarkan – Dua varian, harga dari bermula dari RM88,800
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton Saga MC2 dikesan
JOM BACA >> 30 unit Proton X70 diserah kepada Polis Kenya
JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!
JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?
KOMEN TERKINI