ARKIB

KATEGORI

Buletin

Mitsubishi Triton terbukti tahan lasak

Views

Sejak Borneo Safari diperkenalkan 26 tahun lalu, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) bukan nama yang asing lagi dalam cabaran tersebut. Tahun lalu mereka menghantar trak pikap generasi kelima Triton edisi Ulangtahun ke-25 yang hanya ditambah dengan takal (winch), snorkel dan tayar Extreme Terrain (XT).

Kali ini mereka kembali dengan menampilkan empat unit trak pikap Triton baharu sebagai kenderaan korporat termasuk dua unit model yang baharu sahaja diperkenalkan, Triton 2.4 dengan enjin MIVEC Turbo Diesel. Enam orang pengamal media serta lima orang pemilik Triton yang diketuai oleh Atlet Sukan Permotoran Malaysia, Leona Chin menjadi pengemudi jentera untuk kali ini.

Pasukan Mitsubishi Triton mendapat pujian daripada komuniti Safari setelah berjaya melepasi 400km laluan hutan dan menamatkan cabaran tanpa membuat sebarang penukaran bahagian kenderaan sepanjang perjalanan. Lebih membanggakan, kebanyakan kenderaan lain yang telah diubah suai secara ekstrem menghadapi kesukaran seperti masalah mekanikal dan kerosakan, serta ada yang terpaksa mencari alat ganti baharu dan masuk semula ke dalam hutan untuk membaiki kenderaan.

Laluan dan cuaca juga turut berkonspirasi untuk mencipta ‘ribut sempurna’ dan berjaya menjadikan cabaran kali ini paling sukar dan yang terbaik. Setiap unit Triton edisi kali ini dilengkapi dengan peralatan wajib seperti takal (winch), palang perlindungan, titik pemulihan, tayar ekstrem dan snorkel. Tayar untuk Triton ditaja oleh pembekal tayar global Giti.

Setelah mengharungi beberapa hari cabaran 4×4 yang sangat mencabar, kesemua sembilan unit Triton berjaya lolos dari belantara tepat pada masa acara penutup Borneo Safari. Mereka hanya mengalami sedikit kecederaan ringan dengan calar dan parut hasil dari pertarungan di dalam hutan tanpa sebarang masalah mekanikal. Ini membuktikan Triton memang tahan lasak!

KLIK UNTUK BESARKAN

though-the-triton-managed-through-with-some-scratches-and-battle-scars-to-show-there-were-no-mechanical-issues malaysia-motorsports-athlete-leona-chin-participating-for-team-mitsubishi-triton-in-the-borneo-safari mmm-also-sent-in-two-units-of-the-recently-launched-new-triton-with-mivec-turbo-diesel-engine team-mitsubishi-triton-for-the-26th-borneo-safari the-terrain-conspired-to-serve-up-a-perfect-storm-of-challenges

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply