ARKIB

KATEGORI

Buletin

MK ATB 2 terima kenderaan Toyota Land Cruiser COTM, jaga kedaulatan Pantai Timur Sabah

Berita Tempatan

Views

Baru-baru ini berlangsungnya majlis penyerahan kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Land Cruiser, Communication On The Move (COTM) milik Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (MK ATB 2).

Menurut laman Facebook MyJointForce, kenderaan yang menggunakan Sistem Komunikasi X-Band ini adalah buatan syarikat tempatan MILDEF International Technologies Sdn Bhd yang memiliki keupayaan lasak untuk diatur gerak ke kawasan operasi di darat.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Kenderaan ini juga terbukti mampu melaksanakan pelbagai misi penting ketenteraan dengan sistem yang canggih serta berupaya menghubungkan komunikasi satelit sepanjang perjalanan ketika bergerak.

Antena yang dipasang pada bumbung kenderaan ini mampu untuk menyediakan kemudahan penghantaran data, sidang video, tel ip phone dan paparan radar melalui sistem kripto terselamat.

Kejayaan perolehan aset ini adalah sebahagian dari pemodenan sistem komunikasi yang akan digunakan oleh ATB 2 untuk mempertingkatkan kesiagaan dalam menjaga kedaulatan Pantai Timur Sabah.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Ianya turut membantu ATB 2 mempertingkatkan keupayaan operasi serta mengoptimumkan kelebihan dalam force multiplier effect kuasa tempur ATM.

Secara tidak langsung juga, aset ini mampu memberikan komunikasi yang selamat untuk operasi tentera dalam pengawasan ancaman keselamatan negara seperti pencerobohan sempadan atau aktiviti penyeludupan.

ATB 2 sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan operasi yang tertinggi dan sentiasa komited terhadap memperkasakan kawalan keselamatan dan kedaulatan negara.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit MyJointForce dan Malaysia Military Review

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply