ARKIB

KATEGORI

Buletin

AirAsia Ride tawar e-hailing udara, KLIA-KL Sentral 11 minit jer!

Berita Tempatan

Views

AirAsia bakal menawarkan pengalaman baharu buat pengguna perkhidmatan e-hailing dan kali ini mereka merancang menawarkan perjalanan udara menggunakan pesawat Electric Vertical Take-Off and Landing (eVTOL).

Menurut Astro AWANI, perkara itu disahkan Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Berhad, Tan Sri Tony Fernandes pada Rabu. Katanya, dilancarkan hari ini (Rabu), AirAsia Ride kini berada di udara.

JOM BACA >> Foto Geely Bin Yue S facelift versi pengeluaran tertiris – Kembar Proton X50 dengan gaya rekaan “Energy Storm”

Tambah beliau di Instagram, ia bakal bermula (dari) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke KL Sentral hanya 11 minit!. Perkhidmatan itu ditawarkan secara ride sharing atau perkongsian penumpang.

Terdahulu, AirAsia Aviation Group Limited (AirAsia) menandatangani kerjasama dengan syarikat penyediaan pesawat yang berpangkalan di Ireland, Avolon untuk menyewa sekurang-kurangnya 100 unit pesawat elektrik kecil jenis VX4 eVTOL.

JOM BACA >> INTIP: Prototaip ujian trak pikap Geely Hao Yue (VX11)@Proton X90 dikesan, bakal jadi model EV?

Persefahaman itu sekali gus mentransformasi perkhidmatan e-hailing dan perjalanan udara dengan sistem lebih canggih yang ditawarkan buat pelbagai segmen serta sasaran pengguna.

Perincian berkenaan pengoperasiannya belum didedahkan kepada umum, namun difahamkan ia akan mula ditawarkan pada 2025.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Instagram Tony Fernandes

JOM BACA >> INFO: Geely kata Okavango@Proton X90 sebenarnya bukanlah SUV
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC2 naik Genting Highlands pula
JOM BACA >> SPEKULASI : Axia generasi kedua (D74A) sedang dibangunkan, bakal dilancar pada 2023?
JOM BACA >> INTIP: Proton X50 ini kelihatan seperti sedang ‘menguji sesuatu’
JOM BACA >> Proton daftar tanda dagang nama X90 dan X80 di MyIPO, petanda awal dua model SUV baharu?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply