SAIC Motor Malaysia Sdn. Bhd. hari ini mengumumkan spesifikasi, harga anggaran dan membuka tempahan bagi model kenderaan elektrik (EV) terbaharunya, iaitu MG4 dan MG ZS EV.
Bagi model MG4, empat pilihan varian akan ditawarkan. Berikut adalah senarai pilihan varian dan harga anggarannya:
- MG4 Standard bermula dari RM104,000
- MG4 Lux bermula dari RM129,000
- MG4 Lux Extended Range bermula dari RM 149,00
- MG4 XPOWER bermula dari RM159,000
Pilihan kapasiti bateri yang ditawarkan pula adalah dari 51kWj hingga 77kWj dan model ini mampu mencapai jarak pemanduan antara 350km ke 520km (kitaran WLTP).
Tujuh pilihan warna menarik ditawarkan, antaranya Volcano Orange, Holborn Blue, Dynamic Red, Arctic White, Camden Grey, Black Pearl, Monument Silver.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Pilihan warna kusam Racing Green adalah eksklusif bagi varian MG4 XPOWER. Selain itu, varian MG4 Lux dan Extended Range turut ditawarkan dengan pilihan dwitona berbumbung hitam.
Berikut adalah spesifikasi ringkas MG4 mengikut varian:
Prestasi | MG4 Standard | MG4 Lux | MG4 Lux Extended Range | MG4 XPOWER |
Kapasiti Bateri (kWj) | 51 | 64 | 77 | 64 |
Jarak Pemanduan (kitaran WLTP) | 350km | 435km | 520km | 385km |
Anggaran Masa Mengecas (7kW), 10 peratus – 100 peratus | 8 jam | 8.5 jam | 10 jam | 8.5 jam |
Anggaran Masa Mengecas (50kW), 10 peratus – 80 peratus | 48 minit | 52 minit | 61 minit | 52 minit |
Anggaran Masa Mengecas (150kW), 0 peratus – 80 peratus | 37 minit | 26 minit | 38 minit | 26 minit |
Kuasa Maksimum, kW (PS) | 125 (170) | 150 (203) | 180 (245) | 320 (435) |
Daya Kilas Maksimum, Nm | 250 | 350 | 600 | |
0-100 km/j | 7.5 saat | 7.7 saat | 6.1 saat | 3.8 saat |
Rangkaian Kuasa | Pacuan Roda Belakang (RWD), Motor Tunggal | Pacuan Semua Roda (AWD), DwiMotor |
Dari segi dimensi, MG4 berukuran 4,287 mm panjang, 1,836 mm lebar dan 1,504 mm tinggi, manakala jarak antara gandar rodanya 2,705mm.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
MG4 menggunakan bateri paling leper setakat ini dengan ketinggian hanya 110 mm dan ia juga ternipis dalam kelasnya. Ruang kargonya mempunyai kapasiti antara 363 liter dan 1,177 liter.
Dari aspek keselamatan, MG4 dilengkapi dengan beberapa ciri bantuan pemandu termaju MG PILOT. Untuk semua varian, ia dilengkapi dengan Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW), Brek Kecemasan Automatik (dengan Pengesanan Pejalan Kaki dan Basikal), Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Bantuan Kesesakan Lalu Lintas (TJA), Amaran Keluar Lorong (LDW), Bantuan Kekal Lorong (LKA) dan Bantuan Suluhan Lampu Tinggi Pintar.
Bagi varian MG4 Lux, Extended Range dan XPOWER, ia dilengkapi ciri tambahan seperti Pengesanan Titik Buta (BSD), Bantuan Tukar Lorong (LCA), Amaran Lintasan Dari Belakang (RCTA), Amaran Buka Pintu (DOW) dan kamera 360-darjah.
Model ini juga dilengkapi ciri pintar MG iSMART yang membolehkan anda mengaktifkan pelbagai fungsi hanya dengan menggunakan sistem arahan suara “Hello MG,”. Anda juga boleh menghidupkan enjin dari jarak jauh dan mengaktifkan pendingin hawa menerusi peranti pintar.
Untuk ketenangan minda, MG4 didatangkan dengan waranti selama 7 tahun atau 150,000km perbatuan (yang mana terdahulu) dan waranti selama 8 tahun atau 180,000km (yang mana terdahulu) untuk pek bateri.
KLIK UNTUK BESARKAN
MG4
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI