Kelibat unit ujian SUV elektrik Peugeot e-2008 berjaya dikesan oleh salah seorang ahli group Facebook Malaysian Electric Vehicle Owners Club (MyEVOC) bernama Azlan Mahmud beberapa hari yang lalu.
Beberapa foto Peugeot e-2008 versi facelift yang sedang dicas pada ketika itu, sempat dirakam dan dikongsikan oleh individu berkenaan di laman group tersebut.
Unit ujian itu menggunakan plat perdagangan ‘K 651A‘ dan hanya ditutup pada bahagian logonya. Ini memberi petunjuk awal yang Stellantis N.V. (Stellantis) bakal memperkenalkan model tersebut tidak lama lagi.
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Pada bulan lalu, akaun Facebook rasmi Peugeot Malaysia telah menyiarkan video acah yang memaparkan di sebalik tabir pembikinan iklan komersial model e-2008.
Pada bulan Mei tahun lalu, Bermaz Auto Alliance telah mempamerkan model SUV berkenaan di Malaysia Autoshow 2023.
SUV kompak ini dipacu oleh motor elektrik di gandar roda hadapan (FWD) yang menjana 134 kuasa kuda dan 260 Nm daya kilas. Ia mampu memecut dari 0 ke 100 km/j dalam masa 10 saat.
Halaju maksimumnya pula adalah 150 km/j dan dikuasakan oleh bateri lithium ion berkapasiti 50 kWj dengan jarak pemanduan 320 km (WLTP).
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?
Dari segi pengecasan, ia boleh menggunakan pengecas DC sehingga 100 kW dengan tempoh mengecas dalam 30 minit untuk takat bateri dari 10 peratus ke 80 peratus.
Selain itu, ia juga boleh menggunakan pengecas AC sehingga 11 kW dan masa mengecas kira-kira 4 jam 40 minit untuk takat bateri dari 20 peratus ke 80 peratus.
Stellantis mahu menjadikan Malaysia sebagai hab eskport di rantau ini dan Asia Pasifik, dengan sasaran untuk mengeksport kira-kira 280,000 kenderaan dalam tempoh empat tahun bermula tahun depan.
Ketua Pegawai Operasi India dan Asia Pasifik Stellantis, Ashwani Muppasani, berkata kesemua kenderaan yang dihasilkan di kilang di Gurun, Kedah itu akan dieksport ke 20 negara dalam Asia Pasifik dalam tempoh 2025 hingga 2028.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Azlan Mahmud
JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?
KOMEN TERKINI