ARKIB

KATEGORI

Buletin

Volvo sertai gerakan bebas-kulit bermula dengan model C40 Recharge

Berita Global

Views

Volvo muncul syarikat pengeluar kenderaan terbaharu yang menyertai gerakan bebas-kulit dengan C40 Recharge akan menjadi model yang pertama melakukannya. Menjelang 2030, syarikat tersebut bakal menjadi pengeluar kenderaan elektrik sepenuhnya.

Mereka turut menyasarkan 25 peratus penggunaan bahan kitar semula dan berasaskan-bio, dengan memastikan para pembekal menggunakan 100 peratus tenaga yang boleh diperbaharui.

Usaha ini tidak mungkin dicapai sekiranya masih terus menggunakan kulit asli, sejak ladang penternakan lembu mempunyai kesan negatif terhadap alam sekitar dan ternakan itu turut menyumbang sekitar 14 peratus pelepasan gas rumah kaca global yang berasal dari aktiviti manusia.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Sebagai alternatif kepada kulit, Volvo bakal menawarkan bahan berkualiti tinggi dan lestari seperti Nordico. Menurut Volvo, Nordico diperbuat daripada botol PET kitar semula, bahan yang berkaitan dengan bio dari hutan di Sweden dan Finland, serta gabus kitar semula untuk industri wain.

Selain masalah alam sekitar, Volvo juga berminat dengan kebajikan haiwan. Oleh itu, mereka akan terus menawarkan pilihan campuran bulu tetapi hanya dari pembekal yang “diperakui oleh sumber yang bertanggungjawab”, bagi memastikan kebolehkesanan bahan sepenuhnya.

Pada masa yang sama, Volvo berusaha untuk mengurangkan penggunaan sisa produk daripada ternakan yang biasanya digunakan dalam proses pembuatan plastik, getah, pelincir, dan pelekat.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Permintaan yang berkurangan untuk produk sumber haiwan juga akan membantu untuk menghentikan ancaman terhadap haiwan.

Pengarah kelestarian global di Volvo Cars, Stuart Templar berkata, melangkah ke arah bebas kulit di dalam kereta elektrik keluaran mereka adalah langkah seterusnya yang baik untuk mengatasi masalah ini.

Menurut kajian baru-baru ini, dua pertiga pengguna menganggap dasar persekitaran jenama sebagai faktor kritikal ketika membeli produk mewah dan mereka ingin melihat pelabelan karbon pada produk tersebut.

Ini dan banyak kesimpulan serta pandangan lain boleh dibaca dalam laporan “The Rise of Conscious Design” yang dikeluarkan oleh Volvo Cars dengan kerjasama The Future Laboratory.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply