Motul Malaysia telah memperkenalkan inovasi terbaharunya, iaitu Motul 300V 4T Factory Line bersempena dengan MotoGP™ Malaysia yang berlangsung dari 1 hingga 3 November lalu.
Acara perlumbaan dua roda terulung di dunia itu telah berjaya menarik lebih 183,000 peminat sukan permotoran untuk ‘berkampung’ di Litar Antarabangsa Petronas Sepang.
Ia juga menjadi platform ideal bagi syarikat terkemuka dari Perancis itu untuk mendekati peminat, mempamerkan produk baharu, serta memperkukuh komitmennya terhadap prestasi dan ketahanan dalam sukan permotoran.
Tahun ini, Motul Malaysia membawa pengalaman peminat ke tahap baharu dengan menampilkan kiosk interaktif yang menawarkan pengalaman Motul yang sebenar.
JOM BACA >> INFO: Daihatsu tidak terlibat dalam pembangunan EV pertama Perodua
Kiosk ini menyediakan pelbagai aktiviti menarik yang direka khusus untuk menghiburkan pengunjung serta menunjukkan dedikasi Motul terhadap kecemerlangan sukan permotoran.
Peminat turut berpeluang beramah mesra dengan pelumba pasukan GASGAS TECH3, Pedro Acosta (#31), Augusto Fernandez (#37) dan pelumba pasukan MOTO3 Daniel Holgado (#96), Jacob Roulstone (#12) di samping menikmati pelbagai permainan, cabutan bertuah, dan pemberian produk eksklusif.
Setiap elemen kiosk mencerminkan semangat dan komitmen Motul, menjadikannya tarikan utama yang menyemarakkan pengalaman MotoGP bagi para peminat.
Acara kemuncak yang ditunggu-tunggu adalah pelancaran siri Motul 300V 4T Factory Line. Pelincir premium ini bukan hanya meningkatkan kuasa dan prestasi enjin, malah memberikan ketahanan optimum bagi enjin motosikal dalam kondisi ekstrem, baik di jalan raya mahupun di litar.
Ia menampilkan teknologi ESTER Core® yang canggih, satu formulasi terkemuka industri yang terhasil daripada penyelidikan dan pembangunan Motul dalam bidang sukan permotoran.
JOM BACA >> INFO: Perodua Myvi generasi keempat (D01D) – Ini yang kami tahu
Siri Motul 300V 4T Factory Line merangkumi ciri-ciri peningkatan seperti:
- Kuasa Dipertingkatkan: Mengurangkan geseran dalaman dan meningkatkan daya kilas untuk tindak balas enjin dan pecutan maksimum. Pelincir ini mampu meningkatkan kuasa kuda sehingga 1.9 peratus berbanding pelincir 4T lain.
- Ketahanan Lebih Baik: Minyak asas dengan teknologi ESTER Core® menjamin kestabilan tekanan minyak yang tinggi dan penggunaan minimum disebabkan volatiliti yang rendah, membolehkan ciri perlindungan Motul 300V bertahan sehingga 12,000 km (bergantung pada spesifikasi OEM).
- Perlindungan Dipertingkatkan: Teknologi ESTER Core® membentuk lapisan minyak lebih tebal bagi melindungi komponen enjin penting, mengurangkan kehausan pada enjin dan kotak gear.
- Lebih Mampan: Pembungkusan botol yang lebih ringan, menggunakan 50 peratus plastik kitar semula dan boleh dikitar semula sepenuhnya, sejajar dengan komitmen Motul terhadap pengurangan jejak karbon.
Peminat kini boleh merasai kuasa Motul 300V 4T Factory Line dengan mengunjungi peruncit sah Motul di seluruh Asia.
Formulasi yang dipertingkatkan ini tersedia dalam pelbagai kelikatan bagi memenuhi keperluan pelbagai jenis motosikal, yang merangkumi:
- 300V FL Road-Racing: 0W-30, 5W-40, 10W-30, 10W-40, 10W-50, 15W-50
- 300V FL Off-Road: 5W-40, 10W-30, 10W-40, 10W-50, 15W-60
KLIK UNTUK BESARKAN
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami
JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
KOMEN TERKINI