ARKIB

KATEGORI

Buletin

MPV elektrik 7 tempat duduk BYD M6 dilancarkan – Dua pilihan varian, harga dari RM109,800

Berita Tempatan

Views

Pengedar rasmi BYD di Malaysia, Sime Darby Motors hari ini melancarkan kenderaan pelbagai guna (MPV) 7 tempat duduk elektrik sepenuhnya, BYD M6.

Dua pilihan varian ditawarkan, iaitu Standard dan Extended. Harga jualannya adalah seperti berikut (atas jalan dan tidak termasuk insurans):

  • Standard – RM109,800
  • Extended – RM123,800

BYD M6 kini boleh didapati dalam empat kombinasi warna yang bergaya, iaitu Crystal White (Putih), Ink Stone Blue (Biru Dakwat), Cosmos Black (Hitam Kosmos) dan Harbour Grey (Kelabu).

Dari segi dimensi, BYD M6 berukuran 4,710 mm panjang, 1,810 mm lebar, 1,690 mm tinggi dan jarak tapak roda 2,800 mm.

Kedua-dua varian dilengkapi dengan motor elektrik tunggal pada roda hadapan. Varian Standard mampu menghasilkan output 160 kuasa kuda dan 310 Nm daya kilas, dengan pecutan dari 0-100 km/j dalam masa 10.1 saat.

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026

Varian Extended pula mempunyai output lebih tinggi, iaitu 201 kuasa kuda dan 310 Nm daya kilas, manakala daya pecutan dari 0-100 km/j hanya memerlukan masa 8.6 saat.

Bagi menggerakkan MPV elektrik ini, varian Standard dilengkapi bateri ‘Blade’ litium besi fosfat (LFP) 55.4 kWj yang memberikan jarak pemanduan sehingga 420 km mengikut kitaran NEDC (350 km jika mengikut WLTP).

Varian Extended pula menerima bateri 71.8 kWj dan memberikan jarak pemanduan sehingga 530 km jika mengikut NEDC (450 km jika mengikut WLTP).

Dari segi pengecasan, varian Standard menyokong pengecasan pantas DC 89 kW, manakala varian Extended menyokong sehingga 115 kW yang membolehkan tempoh pengecasan dari 10 hingga 80 peratus, hanya 40 minit.

BYD M6 dilengkapi dengan fungsi vehicle-to-load (V2L) secara standard untuk kedua-dua varian. MPV elektrik ini menampilkan reka bentuk hadapan Wajah Naga (Dragon Face), roda aloi 17-inci dengan tayar 225/55 R17.

Di ruangan kabin pula, ia dilengkapi skrin sentuh 12.8 inci dengan BYD Di-Link yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto, port pengecas berbilang, fungsi mikrofon Karaoke dan kunci digital NFC.

Ia juga dilengkapi kerusi baris kedua dan ketiga boleh dilipat rata sepenuhnya, sekali gus menambahkan ruang but kepada 580 liter.

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami

Aspek keselamatan BYD M6 standard bagi kedua-dua varian terdiri daripada Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS), cagak ISOFIX, Sistem Brek Antikunci (ABS), Brek Parkir Elektrik (EPB), Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dan Sistem Kawalan Cengkaman (TCS).

Selain itu, ia turut didatangkan dengan monitor pandangan 360°, radar belakang, penahan auto, 6 beg udara, dan kawalan halaju.

Varian Extended menerima kelengkapan tambahan dengan ciri-ciri tambahan seperti Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Kawalan Halaju Pintar (ICC), Amaran Perlanggaran Depan dan Belakang (FCW, RCW), Pengesanan Titik Buta (BSD), dan Bantuan Keluar Lorong (LDA). 

BYD M6 ditawarkan dengan pakej waranti yang merangkumi jaminan 6 tahun atau 150,000 kilometer untuk kenderaan, 8 tahun atau 160,000 kilometer untuk bateri, dan 8 tahun atau 150,000 kilometer bagi unit pacuan. 

300 pemilik BYD M6 terawal bagi varian Extended akan menerima Pengecas di Rumah secara percuma. Selain itu, 100 pelanggan pertama yang menempah mana-mana varian BYD M6 semasa pelancaran eksklusif di Dataran Karnival Shah Alam akan menerima RM800 kredit pengecasan.

BYD turut menawarkan Kempen Jualan Akhir Tahun untuk model-model lain dengan kadar faedah serendah 0.88 peratus, pakej servis standard selama 3 tahun, cukai jalan percuma, pengecas di rumah dan rebat istimewa jika mendaftarkan kenderaan sebelum akhir bulan ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply