ARKIB

KATEGORI

Buletin

39 Juruteknik Bertauliah MG berjaya tamatkan program latihan untuk kenderaan ICE dan EV

Berita Tempatan

Views

SAIC Motor Malaysia mengumumkan kejayaan 39 orang Juruteknik Bertauliah MG, yang telah berjaya menamatkan program latihan yang intensif untuk enjin pembakaran dalaman (ICE) dan kenderaan elektrik (EV), baru-baru ini.

Modul dan sukatan pelajaran diambil daripada pasaran luar negara di mana SAIC beroperasi, bagi memastikan juruteknik syarikat dilengkapi dengan pengetahuan terkini dan piawaian yang tinggi.

Beberapa bulan lalu, SAIC Motor International telah menjemput SAIC Motor Malaysia untuk menyertai inisiatif latihan global bagi model MG4 dan ZS EV di Shanghai, serta MG5 dan MG HS di Thailand.

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Bayangan awal Perodua Bezza generasi kedua 2026

Inisiatif ini telah memberikan pensijilan kepada juruteknik kami. Latihan praktikal ini melibatkan kemahiran penting untuk menyelenggara dan membaiki kenderaan MG terkini di seluruh dunia.

Dengan peningkatan ketara dalam penggunaan EV di Malaysia, dua penasihat servis wanita adalah antara 39 graduan yang telah menunjukkan peranan penting juruteknik EV.

Latihan khusus ini tidak hanya memberi tumpuan kepada teknologi model kereta baharu, malah juga mempersiapkan peserta menghadapi cabaran masa depan dalam industri automotif.

JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Ini gambaran awal Proton Saga MC3 (P2-14A@AMA01) sedan dan hatchback mengikut imaginasi kami

SAIC Motor Malaysia juga komited untuk menghantar juruteknik ini untuk latihan yang lebih mendalam, merangkumi bidang utama seperti EV dan Teknologi Bateri Voltan Tinggi, serta peningkatan kemahiran dari Junior Tech ke Master Tech.

Menurut Pengarah Urusan SAIC Motor Malaysia, Emory QiFeng, latihan dan servis adalah aspek penting dalam pengalaman pelanggan, terutamanya dalam peningkatan kenderaan elektrik di Malaysia.

Tambah belau, pihaknya berdedikasi untuk membina tenaga kerja yang mahir yang dapat memenuhi jangkaan pelanggan bagi menyediakan sokongan selepas jualan berkualiti tinggi.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> RISIK: Proton sedang bangunkan Saga MC3 – Ada versi sedan dan hatchback, pilihan rangkaian kuasa petrol dan EV, bakal dilancar menjelang akhir 2025?
JOM BACA >> Meskipun sambutan agak sendu, Geely tetap lancar model ‘Proton Exora tak jadi’, Jiaji 2025 di China
JOM BACA >> INTIP: Mitsubishi Xforce dengan Xpander facelift ke tu? Nak ke mana la agaknya ye…
JOM BACA >> INTIP: Wajah sebenar Proton X70 MC2 ‘terdedah’, sedang jalani penggambaran iklan ke?
JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply