ARKIB

KATEGORI

Buletin

MPV polis terbabas dilempar objek besi – Dua anggota polis cedera, suspek masih diburu

Berita Tempatan

Views

Polis sedang memburu suspek yang terlibat dalam kes kejar hingga mengakibatkan dua anggota polis cedera di Kilometer 215 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat Taiping, Isnin lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, dalam kejadian itu, suspek yang menaiki kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux berjaya meloloskan diri.

“Suspek yang dikejar itu telah lolos, usaha mengesan sedang digerakkan,” katanya ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Dalam kejadian sekitar jam 6.50 pagi itu, dua anggota berpangkat koperal dan lans koperal berusia 29 dan 38 tahun luka di kepala dan sakit di beberapa bahagian badan termasuk dada dan tengkuk selepas kereta peronda jenis Honda Civic 1.8 (Spanco) dinaiki hilang kawalan.

Kenderaan itu terbabas dan berpusing sebelum melanggar penghadang jalan akibat melanggar satu objek besi yang dilempar oleh suspek.

Sebelum kejadian, anggota unit kereta peronda (MPV) terbabit menerima arahan daripada pusat kawalan daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping bagi memberi bantuan kepada lima lagi MPV polis dari IPD Ipoh dalam usaha menahan kenderaan dinaiki suspek.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Difahamkan, kenderaan suspek dikejar kereta peronda polis sejauh lebih 50 kilometer iaitu dari Plaza Tol Ipoh Utara melepasi ke Plaza Tol Changkat Jering di Taiping.

Dalam insiden mengejar itu, kenderaan dinaiki dua anggota terbabit memberi amaran menggunakan pembesar suara sebanyak tiga kali agar suspek memberhentikan kenderaan.

Amaran itu bukan sahaja tidak diendahkan, malah suspek bertindak melempar keluar objek besi sebelum mengenai bahagian bawah kereta peronda polis. – Sinar Harian

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Tanpa Nama

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply