ARKIB

KATEGORI

Buletin

Touch ‘n Go perkenal rantai kunci edisi terhad Tahun Baru Cina – Ada fungsi NFC, harga RM30

Berita Tempatan

Views

Touch ‘n Go menyambut kedatangan ‘tahun naga’ dengan memperkenalkan rantai kunci edisi terhad Tahun Baru Cina.

Aksesori unik ini menampilkan rekaan seekor ‘naga mistik’ yang membawa jongkong emas Cina yang melambangkan estetika dan ‘suka bermain’.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Penggunaan warna merah terang melambangkan tuah dan kegembiraan, manakala jongkong emas pula membawa maksud kekayaan dan kemakmuran.

Ia mencipta naratif visual tentang rahmat dan ucapan selamat sejahtera, menjadikannya hadiah perayaan yang hebat, selain boleh dijadikan sebagai koleksi.

Rantai kunci ini juga adalah aksesori perjalanan yang comel dan peringatan berterusan tentang daya tahan dan nasib yang baik.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Apa yang menarik, ia turut dilengkapi dengan ciri Komunikasi Medan Dekat (NFC) dan boleh dipautkan terus ke Touch ‘n Go eWallet menerusi telefon pintar.

Sama seperti kad Touch ‘n Go yang dipertingkatkan, ia boleh digunakan untuk pembayaran di tol, transit dan tempat letak kereta, memberikan kemudahan tanpa tunai dan lancar.

Ia dijual pada harga RM30 setiap satu dan dikeluarkan dalam jumlah yang terhad sahaja. Ia boleh dibeli dari kedai Touch ‘n Go Official Shopee Mall, serta di Pusat Perkhidmatan dan Jualan Touch ‘n Go di NU Sentral dan Bangsar South.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply