ARKIB

KATEGORI

Buletin

Muhyiddin sokong pelan kerajaan laksana HSR, cadang laluan disambung ke Thailand

Berita Tempatan

Views

Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyokong pelan kerajaan berhubung pelaksanaan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) ke Johor Bahru.

Menurut Berita Harian, dalam ucapan perbahasan usul Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat hari ini, Muhyiddin (BERSATU-Pagoh) turut mencadangkan laluan ke utara untuk disambung dengan HSR dari Bangkok ke sempadan Malaysia-Thailand dengan pembiayaan swasta yang membabitkan konsortium kewangan dalam negara.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Katanya, impak projek seperti ini akan memberi kesan berganda dalam membuka peluang pekerjaan dan perniagaan baharu serta pembangunan wilayah dan pewujudan bandar-bandar baharu sepanjang laluan HSR.

Ini sudah tentunya akan menghasilkan nilai berganda berbilion ringgit dan mendatangkan manfaat besar kepada rakyat termasuk masyarakat Bumiputera.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Pada 1 Januari lalu, kerajaan Malaysia dan Singapura bersama-sama mengumumkan pembatalan projek kereta api itu sejauh 350 kilometer setelah gagal mencapai kata sepakat mengenai cadangan perubahan pada tarikh akhir 31 Disember 2020.

Perjanjian dua hala bagi pembangunan projek, yang ditandatangani dengan Singapura pada 13 Disember 2016, adalah berlandaskan aspirasi untuk penyepaduan ekonomi yang lebih erat antara kedua-dua negara.

Malaysia telah membayar sebanyak SG$102.8 juta (RM320.27 juta) kepada Singapura bagi kos yang ditanggung membabitkan pembangunan projek HSR serta berkaitan dengan lanjutan penangguhan.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply