ARKIB

KATEGORI

Tular

Mungkin ini Proton S70 pertama yang jadi mangsa kemalangan, kena ‘sondol’ dari belakang dengan Perodua Myvi

Tular

Views

Malang tidak berbau. Ini mungkin Proton S70 pertama yang terlibat dalam kemalangan. Beberapa foto dan satu rakaman video pemuka (dashcam) yang memaparkan sebuah S70 yang dirempuh dari arah belakang telah dimuat naik ke laman group Proton S70 Malaysian Community (MYS70COM) beberapa jam yang lalu.

Ia telah dikongsikan oleh salah seorang pemilik S70 yang menjadi mangsa kemalangan tersebut yang bernama Muhammad Hafizul Hilmi. Katanya, kereta tersebut baharu digunakannya sejak seminggu lalu dan masih belum lagi tiba untuk selang servis yang pertama.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Jika dilihat pada tarikh rakaman video pemuka kejadian dari arah belakang, kejadian berlaku hari ini 7 Februari 2024 kira-kira jam 6.58 pagi. Jelas Muhammad Hafizul Hilmi, kejadian berlaku apabila kereta yang berada di hadapan membrek secara mengejut.

Meskipun dia dapat memberhentikan kereta dengan bantuan sistem ADAS, namun sebuah Perodua Myvi yang berada di belakang tidak sempat membrek, lalu menghentam S70nya.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Namun, timbul perdebatan di kalangan warganet mengenai impak kemalangan tersebut yang agak teruk, setelah pemilik berkata bahagian dalam bampar belakang S70nya kosong tanpa sebarang ‘Palang Anti-Perlanggaran Belakang’.

Ada warganet yang mempertikai mengapa Proton tidak memasang palang tersebut sedangkan ia dipasang pada Geely Emgrand dan X50. Namun, ada yang berkata ini adalah ‘zon renyuk‘ pada bahagian belakang dan kebanyakan kereta dari pengeluar lain juga tidak memasang palang tersebut.

Malah, ada juga warganet yang bimbang dengan ketersediaan alat ganti, memandangkan model S70 masih baharu di pasaran. Walaubagaimanapun, rata-rata mereka bersimpati dengan nasib yang dialami oleh Muhammad Hafizul Hilmi dan mendoakannya supaya tabah serta dipermudahkan segala urusan.

Setakat artikel ini diterbitkan, hantaran tersebut telah menerima lebih 332 komen dan mulai ‘panas’ di laman group tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Muhammad Hafizul Hilmi

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply