ARKIB

KATEGORI

Buletin

Menteri Indonesia muncul pemilik Chery Omoda E5 pertama di dunia, pilih ‘mobil’ warna kuning

Berita Global

Views

Menteri Penyelaras (Menko) Hal Ehwal Ekonomi Indonesia, Airlangga Hartarto muncul sebagai pembeli pertama kereta elektrik Chery Omoda E5 di negara tersebut.

Airlangga yang memilih warna kuning, bukan sahaja menjadi pembeli pertama di Indonesia, bahkan menjadi pemilik pertama di dunia kerana pelancaran Chery Omoda E5 di sana merupakan pengenalan pertama global.

Ujar Airlangga, beliau sangat menghargai pelancaran Omoda E5 dan menjadi pelanggan pertama kereta ini dengan memilih warna kuning.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Airlangga turut berpeluang memandu uji Omoda E5 di kawasan hotel yang menjadi tapak pelancaran model tersebut dan berasa selesa memandunya kerana SUV tersebut senyap serta lancar.

Naib Presiden Eksekutif PT Chery Sales Indonesia (CSI), Qu Jizong mengesahkan Airlangga Hartarto merupakan pemilik pertama Omoda E5 di dunia dan memilih warna kuning yang merupakan warna kegemarannya.

Tambah Jizong, Raffi Ahmad muncul sebagai pemilik kedua selepas Airlangga. Semasa pelancaran, Jizong berkata Omoda E5 telah menerima tempahan melebihi 500 unit.

JOM BACA >> SPEKULASI: Supermoped Modenas-Kawasaki mungkin guna enjin 177cc?

Omoda E5 dijual pada harga IDR 498.8 juta (RM150,910) dan 1,000 pembeli pertama, akan menerima
diskaun sebanyak Rp10 juta (RM3,025) yang merangkumi jaminan seumur hidup untuk bateri dan motor elektrik.

Omoda E5 menggunakan pek bateri Litium Besi Fosfat (LFP) berkapasiti 61.06 kWj dengan jarak pemanduan 430km (WLTP). Ia dilengkapi ciri pengecasan pantas (DC) 150kW dengan tempoh mengecas dari 30 hingga 80 peratus selama 28 minit.

Motor elektrik Omoda E5 mampu menjana 204 kuasa kuda dan 340 Nm daya kilas. Manakala pecutan dari sifar hingga 100 km/jam hanya mengambil masa 7.2 saat. – oto.detik

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Chery Motor Indonesia

JOM BACA >> INTIP: Modenas sedang uji skuter maxi Kymco DTX250 ke tu?
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X80, versi kembar Geely Xingyue/Tugella
JOM BACA >> IMPRESI ARTIS: Gambaran awal Proton X50 facelift versi Theottle
JOM BACA >> INTIP: Proton X70 MC2 ronda-ronda KL ditemani X90, pelancaran mungkin sedikit lewat
JOM BACA >> Supermoped Modenas-Kawasaki sedang jalani ujian di Eropah, mungkin ada dua kapasiti enjin?

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply