ARKIB

KATEGORI

Buletin

Murid Tahun Satu maut dilanggar van sekolah

Berita Tempatan

Views

Seorang murid Tahun Satu maut dilanggar van di Bandar Baru Salak Tinggi, semalam. Menurut Berita Harian, Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Md Noor Aehwan Mohammad, berkata dalam kejadian 12.10 tengah hari itu, mangsa berusia tujuh tahun cedera di kepala dan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital swasta.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Beliau berkata, siasatan awal mendapati van berkenaan menghantar murid-murid ke sebuah tadika yang dijadikan transit, sebelum ke Kelas Fardu Ain (KAFA). Katanya, selepas menurunkan semua murid, pemandu van seorang wanita berumur 31 tahun bergerak tetapi mangsa yang terakhir turun dari van.

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Mangsa melintas di depan van yang bergerak itu lalu dilanggar dan cedera parah di kepala. Pegawai perubatan hospital swasta mengesahkan mangsa meninggal dunia dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya untuk urusan bedah siasat.

Tambah beliau lagi, pemandu berkenaan dirakam percakapan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply