ARKIB

KATEGORI

Buletin

Setelah 12 tahun di pasaran, Perodua tamatkan pengeluaran Alza pada Januari 2022

Berita Tempatan

Views

Nampaknya ini adalah petanda besar awal yang mengesahkan model Alza bakal menerima pengganti tahun depan. Menurut rakan media di Paultan.org, Perodua menerusi satu nota yang diedarkan kepada pengedar-pengedarnya mengesahkan Alza akan ditamatkan pengeluarannya pada penghujung Januari 2022.

Ini bermakna bermula 1 Februari 2022, tiada lagi model semasa Alza akan dihasilkan oleh Perodua dan model penggantinya mungkin akan dilancarkan selepas dari tarikh tersebut.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Selain itu, jumlah produksi unit-unit akhir Alza ini juga telah diperincikan dalam notis tersebut – 2,820 unit akan dikeluarkan bulan ini (jumlah keseluruhan untuk semua varian), 2,283 unit untuk bulan Disember dan hanya 1,100 unit dihasilkan pada Januari 2022.

Jelas Perodua dalam notis berkenaan, pengeluaran Alza terpaksa ditamatkan pada Februari ini kerajaan akan beralih dari peraturan emisi Euro 2 kepada Euro 4 menjelang 1 Januari 2022 (sepatutnya pada 1 Oktober 2021).

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Walau bagaimanapun, Perodua berjaya memohon untuk meneruskan produksi Alza sehingga ke hujung Januari 2022. Apabila undang-undang baharu ini sudah berkuatkuasa nanti, hanya pengeluaran kenderaan yang tidak lagi melepasi had emisi berkenaan perlu ditamatkan serta merta, manakala stok-stok akhir masih boleh dijual sehingga habis.

Bayangan awal model pengganti Alza (namakod D27A) mula kelihatan setelah model-model yang dikatakan kembarnya iaitu Toyota Avanza/Veloz dan Daihatsu Xenia generasi baharu telah pun dilancarkan secara rasmi di Indonesia, bersempena dengan pameran Gaikindo Indonesia International Auto Show 2021.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto gambaran Alza (D27A) kredit Theophilus Chin

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply