ARKIB

KATEGORI

Buletin

Myvi rempuh jengkaut, remaja perempuan maut

Berita Tempatan

Views

Seorang remaja perempuan berusia 18 tahun maut selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah jengkaut di Jalan Telok Gong, Pelabuhan Klang, hari ini.

Menurut Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian pada jam 12.13 tengah hari, kereta Perodua Myvi dari arah Pandamaran itu dinaiki tiga individu termasuk dua beradik.

JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

Katanya, mereka dalam perjalanan pulang ke rumah di kawasan berhampiran lokasi kejadian selepas membeli barangan keperluan di kedai.

Shamsul Amar berkata, kereta dipandu lelaki berusia 19 tahun itu dipercayai pada kadar kelajuan yang tinggi telah memasuki arah bertentangan sebelum merempuh bahagian ‘bucket‘ jengkaut tersebut.

JOM BACA >> Saga Knight Concept – Kolaborasi mantap antara dua mantan pereka Proton

Akibat pelanggaran itu, penumpang hadapan kereta Myvi dikenali Nurshaniza Alaudin, meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurutnya, mangsa yang maut itu merupakan rakan sekerja kepada pemandu kereta tersebut.

Mayatnya telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat, manakala pemandu dan adik perempuannya berusia 15 tahun dihantar hospital sama untuk rawatan lanjut. Shamsul Amar berkata, siasatan awal mendapati pemandu kereta berkenaan tidak mempunyai lesen memandu.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Toyota Avanza/Daihatsu Xenia 2022, kembar Perodua Alza (D27A) kini dalam fasa pra-pengeluaran
JOM BACA >> Video tular kemalangan Toyota Yaris dan Proton Wira – Salah seorang mangsa wanita hamil, terima dua jahitan di kepala
JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?
JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu
JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply