ARKIB

KATEGORI

Buletin

‘Nak tangkap bini bercinta’ – Alasan rentas negeri paling ‘rare’ setakat ini

Tular

Views

Tujuan seorang lelaki untuk merentas negeri dengan meminta izin balai polis berdekatan untuk menangkap isterinya yang curang dengan lelaki lain tular di laman Twitter sejak semalam.

K! ONLINE melaporkan, satu hantaran di akaun Twitter @AimanAfiq_s memaparkan bukti surat rentas negeri rakannya yang mahu menangkap isterinya yang bercinta dengan lelaki lain mendapat kelulusan dari balai polis tersebut.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Menurutnya, kejadian tersebut benar-benar berlaku dan dia sudah pun meminta izin rakannya untuk menularkan cerita tersebut di laman Twitter. Jelasnya, setelah selesai kejadian tersebut, kawan saya nampak lebih tenang.

Rata-rata pengguna laman Twitter menyokong tindakan tersebut dan ada yang turut sama berkongsi pengalaman mereka yang dicurangi ketika berkahwin.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Warganet bernama @TengkuAzlanSha2 berkata, dia pernah mengalami situasi yang sama sebelum ini. Katanya curang tidak mengenal jantina dan sebab itulah kesetiaan adalah sesuatu perkara yang mahal.

Tambahnya ramai yang rugi kerana curang dan menasihatkan orang ramai agar memperbetulkan niat untuk berkahwin, bukan atas dasar nafsu dan harta kerana ia tidak akan ke mana.

Seorang lagi warganet bernama @naimbinzaini sambil berseloroh berkata, jika berlaku kes sebegini, kaum lelaki boleh ke kata ‘perempuan semuanya sama’? Jika, tidak boleh, begitu jugalah sebaliknya.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit AimanAfiq_s

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply