ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tiada unsur culik, warga emas cuma tumpangkan sahaja

Tular

Views

Tindakan seorang warga emas membenarkan seorang remaja perempuan orang kelainan upaya (OKU) menumpang kenderaannya disalah ertikan apabila dia didakwa cuba menculik gadis itu, hari ini.

K! ONLINE melaporkan, satu video berdurasi 26 saat tular di laman sosial memaparkan seorang wanita yang mengaku ibu remaja itu bersama orang awam cuba menghalang kereta tersebut termasuk menyerang pemandunya kerana didakwa cuba melarikan anaknya.

JOM BACA >> INFO: Buka penyaman udara perlahan tapi ‘kuat makan minyak’, buka kuat pun sama je, kenapa ye?

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, berdasarkan siasatan, pengadu yang berusia 54 tahun bersama anaknya pergi ke sebuah warung di Bandar Country Homes untuk membeli sarapan pukul 9 pagi.

Selesai membeli sarapan, pengadu menyedari anaknya telah tiada dan peniaga di kawasan berhampiran memaklumkan anaknya mengikut seorang lelaki yang memandu Perodua Viva.

JOM BACA >> Myvi facelift (D51A) bakal guna transmisi CVT? Tambahan dua varian baharu

Kenalan pengadu memuat naik video kejadian di beberapa kumpulan WhatsApp sebelum kereta itu ditemui di Saujana Rawang pada pukul 12.30 tengah hari. Bagaimanapun, pengadu mendapati anaknya selamat dan tidak cedera.

Siasatan mendapati mangsa berjalan seorang diri tanpa pengetahuan ibunya dan telah menahan kenderaan yang dipandu warga emas berusia 80 tahun. Warga emas itu beranggapan remaja tersebut meminta pertolongan sebelum keretanya ditahan di Saujana Rawang.

Polis mengesahkan tiada elemen culik atau melarikan dengan cara yang salah sepertimana yang ditularkan. Pengadu kemudiannya telah menarik semula laporan polis.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> Info tambahan Persona MC2 – Tiga varian ditawarkan, lampu LED hanya untuk varian Premium sahaja
JOM BACA >> INTIP : Foto Persona MC2 bocor! Iriz MC2 versi crossover akan dikenali sebagai Iriz Active!
JOM BACA >> INTIP : Ini Iriz MC2 versi crossover ke?
JOM BACA >> Proton bakal perkenalkan X70 MC1 Ogos ini?
JOM BACA >>
 Li Chunrong akur dengan permintaan Kesatuan Pekerja Proton

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply