ARKIB

KATEGORI

Buletin

NanoMalaysia dan UMORIE Graphene bangunkan sel bateri berasaskan graphene untuk EV

Berita Tempatan

Views

NanoMalaysia Bhd (NMB) dan UMORIE Graphene Technologies Sdn Bhd (UGT) telah berjaya membangunkan prototaip kantung sel bateri berasaskan graphene untuk digunakan dalam kenderaan elektrik (EV) buatan Malaysia yang pertama.

Menurut New Straits Times, bateri sel penuh lithium-ion dengan bahan graphene akan menjadi platform penyimpanan yang lebih cekap untuk sumber tenaga bersih dan diperbaharui ini bakal merevolusikan industri EV.

Harta intelek (IP) bateri ini telah dibangunkan secara bersama antara NMB, UGT dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Ketua pegawai eksekutif NMB, Dr Rezal Khairi Ahmad berkata bateri ini bakal membolehkan Malaysia mengambil peluang ini dari perspektif komponen EV.

JOM BACA >> Foto Daihatsu Xenia 2022, satu lagi kembar Perodua Alza (D27A) pula bocor!

Tambahnya, ia bukan sahaja mencipta rantaian bekalan tempatan, bahkan ia mampu menjadikan Malaysia sebagai pengeksport sistem penyimpanan tenaga berteknologi-tinggi dan menembusi pasaran EV di luar negara seperti di Indonesia dan Thailand.

Projek ini dimulakan di bawah Pelan Tindakan Graphene NMB 2020 dengan pelaburan kira-kira RM340,000. Pada ~200Wh/kg, ia mempunyai ketumpatan tenaga yang jauh lebih tinggi berbanding bateri sedia ada di pasaran.

Ini membolehkannya menangani isu berat bateri EV konvensional yang menghadkan jarak pemanduan. Memandangkan bateri graphene mempunyai output kuasa yang lebih tinggi, saiznya boleh dikurangkan dan membolehkan EV bergerak lebih jauh.

NMB ialah agensi terkemuka Malaysia untuk pengkomersilan dan perindustrian nanoteknologi melalui model pembina teroka. Sementara itu, UGT merupakan syarikat penyelidikan dan pembangunan khusus ASP PRO Sdn Bhd, yang mempunyai kemudahan makmal untuk menyokong pengeluaran perintis bateri graphene.

NMB telah mengenal pasti dua projek berdaya maju yang boleh dipertingkatkan dengan bateri graphene dipertingkatkan, iaitu skuter elektrik dan kereta lumba elektrik-hidrogen (HyPER).

JOM BACA >> INTIP: Myvi facelift (D51A) sedang jalani penggambaran iklan ke tu?

Ketua pegawai eksekutif UGT, Suria Affendi Amirrudin berkata, pasaran bateri nano itu sendiri diramalkan mencecah AS$28.1 bilion di seluruh dunia menjelang 2030 pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) 18.6 peratus.

Jelasnya, bateri keluaran mereka bukan sahaja boleh digunakan pada EV, namun ia juga boleh dikecilkan untuk elektronik seperti telefon pintar dan komputer riba, sekali gus membolehkan mereka menguasai pasaran yang lebih meluas.

NMB dan UGT bakal mengadakan usaha sama bagi memulakan pengeluaran perintis bateri graphene tidak lama lagi.

Apabila dilancarkan ke pasaran kelak, ia diramal menyumbang sehingga RM124.13 juta kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dan mewujudkan sehingga 1,146 peluang pekerjaan baharu untuk pekerja berkemahiran tinggi menjelang 2030.

UGT juga merancang untuk menerbitkan tawaran awam permulaan (IPO) menjelang 2026 dan kini sedang meneruskan perkongsian dan kerjasama untuk mengembangkan visi ini bersama di bawah syarikat utamanya, UMORIE Bhd.

KLIK UNTUK BESARKAN

Foto kredit Umorie

JOM BACA >> Nasib si Proton Juara: Dulu dicerca, sekarang jadi barang berharga
JOM BACA >> Ini rekaan Perodua Kancil dari Stola pada tahun 1997, tapi tak jadi…
JOM BACA >> Kereta kena gesel lori di Putrajaya – Pemilik tak boleh tuntut ganti rugi, kawasan diwartakan bukan untuk parkir
JOM BACA >> Pelekat P dengan logo JPJ tarik perhatian pembeli di laman Taobao
JOM BACA >> Satria Theo – Gambaran generasi ketiga model hatchback tiga pintu Proton versi “The Fudger”

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply